Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) – September 2016

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) – 19 September 2016
.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagai :
.
1. GURU TABIKA PERPADUAN S29

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu.

Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduandi antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Diantara 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN)

PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.
.
Tarikh tutup permohonan : 19 September 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
.
Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan Jawatan DISINI
.
Muat turun borang permohonan jawatan DISINI

Be the first to comment

Leave a comment

Your email address will not be published.


*