Jawatan Kosong Terkini di Maktab Koperasi Malaysia Selangor | Min Diploma | Gaji RM1,600++

Jawatan Kosong Terkini di Maktab Koperasi Malaysia Selangor | Min Diploma | Gaji RM1,600++

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan MKM keseluruhannya.

Dalam tahun 1968, MKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus MKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi.

MKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada tahun 2009, MKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sehingga kini.

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dijemput untuk membuat permohonan jawatan kosong di Jawatan Kosong Terkini di Maktab Koperasi Malaysia sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

PERMOHONAN
Untuk memohon jawatan di atas, anda perlu menggunakan sistem permohonan jawatan secara online di laman JobsMalaysia. Pemohon yang ingin memohon buat kali pertama menggunakan sistem diatas perlu mendaftar dahulu dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Permohonan melalui JobsMalaysia, sila lakukan carian “Maktab Koperasi Malaysia” dan pilih Majikan. Sila pilih keputusan PERTAMA di laman keputusan untuk lihat maklumat penuh dan syarat-syarat jawatan.

Sila pastikan maklumat anda di dalam sistem telah dikemaskini. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan temuduga seterusnya. Semoga berjaya.

LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 29 MEI 2017

IKLAN PENUH JAWATAN

Be the first to comment

Leave a comment

Your email address will not be published.


*