Temuduga Terbuka Terkini di Akademi Laut Malaysia (ALAM) | Kelayakan SPM

Anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian peringkat tertinggi? Berita baik seperti makluman Laman Web Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang memaklumkan bahawa permohonan untuk Program Diploma di ALAM sesi 2017 kini di buka. Program yang ditawarkan adalah Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin.

ALAM adalah singkatan untuk Akademi Laut Malaysia atau Malaysian Maritime Academy, sebuah institusi maritim yang menawarkan pelbagai kursus maritim. Bagi lepasan sekolah, ALAM memberikan latihan bagi mereka untuk menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal saudagar kapal.

ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka; kampus yang subur dan menghijau yang menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 148 km ke selatan Kuala Lumpur dan 152 km ke utara Singapura.

Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dijemput untuk membuat permohonan temuduga terbuka di Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebagai :

1. PEGAWAI KADET NAVIGASI
2. PEGAWAI KADET KEJURUTERAAN MARIN

PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Sila baca syarat kemasukan dan kelayakan permohonan sebelum memohon :-

SPM dengan sekurang-kurangnya ā€˜Cā€™ atau kredit yang baik dalam 5 subjek
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi (Diploma Pengajian Nautika). Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Pemegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah digalakkan untuk memohon.
Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun pada 20 September 2017.
Sihat dari segi fizikal dan mental
Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
Tidak rabun warna
Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual bagi Pegawai Kadet Dek (Diploma Pengajian Nautika)
Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa (Diploma Kejuruteraan Marin)

Manfaat/ Faedah Kerjaya:
Graduan mempunyai peluang untuk belayar di seluruh dunia dengan syarikat-syarikat perkapalan terkemuka yang menawarkan gaji dan tanggungan faedah bebas cukai yang menarik.

Akademi Laut Malaysia 2017 membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Maritim di ALAM. Calon-calon yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di ALAM akan dilatih sepenuhnya seterusnya berpeluang untuk menjadi Kapten kapal atau Ketua Jurutera di syarikat-syarikat perkapalan terkemuka di dunia.

TARIKH : 1-3 JUN 2017
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : ANCASA HOTEL
JALAN TUN
TAN CHENG LOCK
50500 KUALA LUMPUR

IKLAN KEKOSONGAN

Be the first to comment

Leave a comment

Your email address will not be published.


*