Home Isu Semasa Admin Foodpanda Terima Kecaman Netizen, Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook.

Admin Foodpanda Terima Kecaman Netizen, Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook.

1635
1
Admin Foodpanda Terima Kecaman Netizen, Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook.

Akaun Facebook rasmi Foodpanda Malaysia diserang netizen gara-gara pengguna diminta hanya menggunakan Bahasa Inggeris ketika ingin memberikan maklum balas mereka.

Menerusi ruangan komen di Facebook tersebut, admin Food panda memberitahu mereka kini mempunyai masalah halangan bahasa buat masa ini.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, pengguna yang menggunakan Bahasa Melayu diminta untuk memberikan maklum balas mereka di dalam Bahasa Inggeris.

Perkara ini kemudian menerima kecaman netizen yang menganggap ianya sangat tidak profesional memandangkan Foodpanda beroperasi di negara yang bercakap Melayu.

“Mohon maaf kerana kami tidak lagi mendapat sokongan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda dapat meneruskan perbualan ini dalam Bahasa Inggeris.”Foodpanda Foodpanda

Rata-rata netizen berpendapat isu ini tidak seharusnya berlaku memandangkan Foodpanda beroperasi di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sepatutnya mereka perlu memastikan bahagian perkhidmatan pelanggan untuk turut mahir menggunakan Bahasa Melayu.Foodpanda

Setakat ini, masih belum ada lagi kepastian dan kenyataan rasmi dari pihak Foodpanda mengapakah isu ini terjadi. Yang pastinya, isu ini jelas menimbulkan perasaan kurang senang rakyat Malaysia terhadap syarikat penghantaran itu.

BACA: Runner Persendirian Boleh Kena Denda RM250,000 Jika Kenakan Charge Tak Masuk Akal

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here