Home Isu Semasa AirAsia Tamatkan Perkhidmatan 172 Juruterbang, 111 Kru Kabin Dan 50 Jurutera

AirAsia Tamatkan Perkhidmatan 172 Juruterbang, 111 Kru Kabin Dan 50 Jurutera

2361
1
AirAsia Tamatkan Perkhidmatan 172 Juruterbang, 111 Kru Kabin Dan 50 Jurutera

AirAsia Tamatkan Perkhidmatan 172 Juruterbang, 111 Kru Kabin Dan 50 Jurutera | Sebuah berita yang mendukacitakan buat industri penerbangan tanah air apabila AirAsia Berhad selaku syarikat penerbangan tambang murah bakal menamatkan perkhidmatan 172 juruterbang, 50 jurutera serta 111 kru kabin daripada 1,900 kru dalam usaha mengurangkan kos operasi.

Pengumuman penamatan perkhidmatan barisan pekerja AirAsia ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat menerusi sebuah sesi taklimat bersama kakitangan syarikat.

Menurut Astro Awani, difahamkan kesemua mereka yang terlibat bakal dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

Pihak AirAsia Berhad dilaporkan turut menjanjikan pampasan kepada para pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.AirAsia

Difahamkan situasi syarikat AirAsia yang semakin meruncing berdasarkan pretasi semasa berikutan kehadiran wabak COVID-19 antara yang mendesak syarikat ini untuk mengurangkan kos operasi setakat ini. Selain itu, syarikat ini juga tidak mampu memberi jaminan tempoh syarikat berkenaan bakal kembali normal berdasarkan keadaan semasa.

Selain itu, syarikat AirAsia X juga dilaporkan turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan warga Malaysia serta warga luar. Dilaporkan AirAsia X yang sebelum ini beroperasi melalui 32 pesawat kini dikecilkan operasi kepada 15 hingga 16 pesawat antarabangsa.

Diharap keadaan dapat cepat kembali normal semula dalam usaha untuk memulihkan ekonomi AirAsia serta syarikat-syarikat lain yang terlibat dan semoga dipermudahkan urusan buat para pekerja yang diberhentikan perkhidmatan.

Selain AirAsia, Malindo Air antara yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19. 

BACA: JobStreet Laporkan 5 Bidang Pekerjaan Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era COVID-19

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here