Home Isu Semasa Amanah Ikhtiar Digesa Bertimbang Rasa Isu Bayaran Balik Pinjaman Peniaga Kecil

Amanah Ikhtiar Digesa Bertimbang Rasa Isu Bayaran Balik Pinjaman Peniaga Kecil

12111
1
Amanah Ikhtiar Digesa Bertimbang Rasa Isu Bayaran Balik Pinjaman Peniaga Kecil

Amanah Ikhtiar Digesa Bertimbang Rasa Isu Bayaran Balik Pinjaman Peniaga Kecil | Setelah lebih 2 bulan pelaksanaan PKP bermula yang kini di peringkat PKP-B, rakyat terbanyak sedang bangkit semula daripada kesan ekonomi terutamanya peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk, tidak boleh berniaga sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Langkah kerajaan yang pro-aktif memperkenalkan polisi ‘moratorium pinjaman’ di hampir semua sektor telah dilaksanakan oleh bank-bank, koperasi-koperasi, dan agensi-agensi seperti TEKUN, PUNB, MARA, PTPTN, PTPK, syarikat-syarikat Kredit Komuniti dan agensi-agensi lain.

Walaupun terdapat sedikit pertikaian tentang moratorium bayaran pinjaman bank baru-baru ini, tetapi isu tersebut telah diselesaikan dengan pantas dengan kerjasama yang baik antara bank-bank dan pihak kerajaan. Amanah Ikhtiar

BACA: Kerajaan Perlu Dahulukan Usaha Membina Sektor Makanan Untuk Pulih Ekonomi

Jika kita perhatikan tulisan-tulisan rakyat terbanyak di media sosial, sememangnya pelaksanaan polisi ‘moratorium’ yang pro-rakyat ini diterima dengan sangat baik oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya peniaga-peniaga kecil, ditambah lagi dengan BPN yang diberikan.

Cuma kita masih lagi mendengar banyak keluhan dan rintihan di media sosial berkenaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang boleh dilihat di ruangan-ruangan komen facebook Amanah Ikhtiar yang tidak melaksanakan moratorium sepenuhnya seperti agensi-agensi kerajaan yang lainnya. Saya ingin meminta penjelasan berhubung perkara ini.

Semua sedia maklum bahawa peminjam-peminjam Amanah Ikhtiar adalah peniaga-peniaga INDUSTRI KECIL yang sangat terjejas sepanjang tempoh PKP.

Ramai yang telah tidak berniaga dan hilang punca pendapatan. Di saat mereka ingin bangkit semula, mereka dibebankan dengan bayaran balik pinjaman tanpa moratorium.

Sebagai penjelasan, walaupun pelaksanaan PKP tidak sampai 2 bulan, tetapi moratorium diberikan selama 6 bulan supaya rakyat mempunyai cukup masa untuk bangkit semula daripada kesusahan yang dialami terutamanya peniaga-peniaga kecil.

Seperti yang saya nyatakan dalam status FB sebelum ini, agensi-agensi serta syarikat kerajaan perlu sentiasa seiring dengan wacana dan aspirasi kerajaan, kerana itulah lantikan politik di dalam GLCs, GLICs dan agensi-agensi kerajaan dibuat supaya pelaksanaan dasar kerajaan dapat dipantau.

Saya mohon Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengambil perhatian berkenaan isu ‘moratorium pinjaman’ ini dengan segera kerana ianya melibatkan ratusan ribu peniaga kecil yang meminjam dan terkesan oleh krisis Covid-19 ini.

Laman web AIM menunjukkan bahawa AIM masih mengekalkan hampir semua Ahli-ahli Lembaga mereka walaupun kerajaan PN telah mengambilalih pemerintahan. https://www.aim.gov.my/ahli-lembaga/

AIM sepatutnya lebih peka dan bergerak seiring dengan polisi terkini kerajaan sekarang yang prihatin terhadap rakyat.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here