Home Isu Semasa Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Kini Dibenarkan Berulang Alik

Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Kini Dibenarkan Berulang Alik

2232
0
Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Kini Dibenarkan Berulang Alik

Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Kini Dibenarkan Berulang Alik | Dalam sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kini dibenarkan untuk berulang alik dari Malaysia ke Singapura.

Meskipun mesyuarat khas sudah bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk berulang alik susulan daripada banyak industri di Singapura sudah memulakan operasi, dalam sidang media tersebut beliau tidak menyatakan bilakah tarikh ianya akan berlaku.

Ini kerana kebenaran perjalanan tersebut masih berada dalam rundingan antara Ketua Setiausaha Malaysia dengan Kementerian Setiausaha Singapura mengenai syarat-syarat yang akan diberikan.

BACA: Kepulangan Rakyat Malaysia Dari Singapura Tarik Perhatian, Netizen Rayu Kuarantin Selama 14 hari!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu telah menyebabkan pintu sempadan negara ditutup dan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di Singapura atau pun mengambil cuti tanpa gaji.

Enam perkara yang ditekankan dalam Perintah Kawalan Kerajaan (PKP) adalah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta.

bekerja di singapura

Setakat ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP yang sebanyak enam fasa iaitu:

Fasa 1: 18 – 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 – 14 April 2020
Fasa 3: 15 – 28 April 2020
Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKP Bersyarat – PKPB): 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKP Pemulihan – PKPP): 10 Jun – 31 Ogos 2020

Akhir Mei lalu, kerajaan Singapura telah melakukan perbincangan dengan Malaysia berhubung isu pekerja yang ingin berulang alik setiap hari melalui jalan darat.

Menteri Pembangunan Singapura, Lawrence Wong ketika itu memberitahu pihak mereka sedang meneliti pelaksanaan protokol yang diperlukan bagi melaksanakan kebenaran tersebut.

BACA: Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam Dan Bazaria Dibenar Beroperasi Mulai 15 Jun – Ismail Sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here