Home Isu Semasa Berhasrat Mahu Jadi Pro Gamer, Remaja OKU Main Mobile Legends Dengan Satu...

Berhasrat Mahu Jadi Pro Gamer, Remaja OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

409
0
Berhasrat Mahu Jadi Pro Gamer, Remaja OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila menunjukkan skill bermain Mobile Legends dengan hanya satu tangan.

Muhammad Danish Danial juga memberitahu dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain profesional sekiranya mendapat sokongan.

Dia mendedahkan di laman Twitter nya, impiannya ini tidak mendapat sokongan daripada ibu bapanya.

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk menyokongnya mencapai impiannya itu walaupun dengan kekurangan yang ada.

Aksi Danial bermain permainan Mobile Legends dengan mengggunakan hanya satu tangan turut menarik perhatian ramai.

Tidak cukup dengan itu, orang ramai juga terkejut melihatkan rekod dan statistik permainan yang pernah dimainnya sebelum ini.

OKU OKU

Rata-rata netizen kini memberikan sokongan padu kepada remaja ini apabila melihat kesungguhannya mahu menjadi pemain profesional.

Lebih menyentuh hati, perkongsiannya ini turut membuatkan golongan OKU yang lain berkongsi pengalaman yang sama.

Diharapkan impian Danial ingin menjadi ‘pro gamer’ berjaya dicapai pada satu hari nanti. Jika dilihatkan pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang cukup baik sehinggakan mereka kini mengikuti Facebook Page Danial yang baru sahaja dibuat.

BACA: Demi Sokong Streamer, Pengguna FB Malaysia Belanja RM900,000 Sebulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here