Home Isu Semasa Bila Sekolah Dibuka, Ini Garis Panduan Yang Ibu Bapa Perlu Patuh!

Bila Sekolah Dibuka, Ini Garis Panduan Yang Ibu Bapa Perlu Patuh!

2623
0
Bila Sekolah Dibuka, Ini Garis Panduan Yang Ibu Bapa Perlu Patuh!

Bila Sekolah Dibuka, Ini Garis Panduan Yang Ibu Bapa Perlu Patuh! | Di media sosial sering kali terdengar rungutan lebih-lebih pelajar di mana mereka agak struggle dengan pembelajaran secara online.

Antara faktor yang mengganggu proses pembelajaran adalah faktor kelajuan internet, kesukaran untuk berinteraksi dan banyak lagi. Maklumlah, lain orang lain kondisinya.

Ada yang mungkin mempunyai ruangan yang kurang selesa. Jadi proses pembelajaran secara online ni tak berapa nak syok sangat.

garis panduan

BACA: Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak!

Terkini, Kementerian Pendidikan pada haro khamis mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya.

Garis panduan itu merangkumi pergerakan pelajar bermula daripada setibanya mereka di sekolah hingga mereka pulang.

Tiga tugas utama ibu bapa dan penjaga ialah:

1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan jangkitan COVID-19;

2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik, berdasarkan keperluan sekolah;

3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan dan alat pengimbas suhu badan (jika mampu dan berkeperluan)

Bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman berhubung penularan COVID-19, ibu bapa dan penjaga disarankan:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;

d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

Garis panduan tersebut dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: Pelajar Universiti Mahu Yuran Pengajian Dikurangkan Memandangkan Hanya Kelas ‘Online’ Dibenarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here