Home Isu Semasa Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

1690
0

Selain Ronaldinho, tahukah anda ada beberapa bintang bola sepak lain yang turut diisytiharkan muflis? Berikut antaranya:

1. Ronaldinho Gaucho

Pada Januari 2018, bintang lagenda bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho telah mengumumkan akan bersara daripada sukan bola sepak.

Terkenal dengan gelaran King of Skill, Ronaldinho telah bergelar pemain bola sepak selama 20 tahun dengan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Barcelona dan AC Milan.

Pelbagai isu dan kontroversi yang timbul antaranya disaman sekitar €1.75 juta akibat pembinaan tanpa permit melibatkan kediamannya menyebabkan Ronaldinho menghadapi masalah kewangan dan akhirnya diisytiharkan muflis selepas gagal menjelaskannya.

BACA: Demi Ikat Jamin Ronaldinho Dari Penjara Paraguay, Messi Sanggup Belanja RM19 Juta.

Tersenarai antara pemain yang pernah menerima gaji paling tinggi, Ronaldinho agak boros dan gemar berhibur menyebabkan aliran wang keluar lebih banyak daripada masuk.

Pada Julai 2019, kesemua 57 kediaman milik beliau disita dan pasport ditahan. Pada 2018, mahkamah mengisytiharkan beliau muflis dan baki akaun banknya cuma ada sekitar €6 (+-RM31) sahaja. Pada bulan lalu, baki akaun Ronaldinho dikatakan cuma tinggal €5 dan berdepan hutang sebanyak €1.75 juta.

2. Asamoah Gyan

Bekas penyerang Sunderland ini pada suatu ketika dahulu pernah memiliki kereta mewah Rolls-Royce baru-baru ini mendedahkan gagal menanggung keluarganya dan hanya mempunyai €600 sahaja di dalam akaun banknya.

Pernah dibayar sehingga €227,000 dalam tempoh masa seminggu, Asamoah hilang kebanyakan daripada wangnya akibat daripada masalah keluarganya.

bola sepak

Mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa 21 Mei tahun lalu meskipun hanya tinggal beberapa minggu sebelum Piala negara Afrika berlangsung, bekas Kapten Ghana ini memberitahu sejak jatuh miskin beliau belum pernah bercakap dengan isteri dan anak-anaknya selama berbulan-bulan.

3. David James

Bekas penjaga gol nombor satu England ini mengumumkan muflis pada 2014. Perceraian pada 2005 menyaksikan peningkatan pada hutangnya se

Menjadi pujaan ramai wanita kerana ketampanannya, sifat boros melampau James menjadi salah satu punca kejatuhannya meskipun terkenal dengan sikap dermawannya.
Bagi melunaskan segala hutang-hutangnya, james menjual majoriti jersi edisi terhad yang dikumpul sepanjang kariernya.

bola sepak

Selain Ronaldinho, bintang bola sepak lain yang termasuk dalam senarai ini ialah Diego Maradona, Paul Merson, John Arne Riise, Eric Djemba-Djemba dan Brad Friedel.

Sumber: The Sun UK

BACA: Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here