Home All Uncategorized Demi Sokong Streamer, Pengguna FB Malaysia Belanja RM900,000 Sebulan

Demi Sokong Streamer, Pengguna FB Malaysia Belanja RM900,000 Sebulan

428
3
Demi Sokong Streamer, Pengguna FB Malaysia Belanja RM900,000 Sebulan

Pengguna Facebook di Malaysia dilaporkan telah membelanjakan lebih RM900,000 sebulan untuk menyokong ‘streamer’ kegemaran mereka di platform Facebook Gaming.

Bukan saja menjadikan laman sosial berkenaan sebagai medium maklumat semasa, penonton kandungan permainan di Malaysia turut ‘bermurah hati’ dengan transaksi sokongan kepada penstriman kandungan video melebih RM900,000.

Itu dapatan yang dikeluarkan oleh Facebook untuk bulan April 2020 apabila pengguna Facebook di Malaysia membelanjakan wang poket mereka semata-mata untuk menyokong ‘streamer’ kegemaran mereka dengan melakukan sumbangan berbentuk bintang (stars).

streamer

Menurut kenyataan laman media sosial itu, streamer akan menerima USD0.01 (kira-kira 5 sen ringgit Malaysia) bagi setiap satu bintang yang mereka terima.

Facebook turut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan sumbangan bintang berkenaan untuk bulan April saja berjumlah 20.7 juta membabitkan nilai transaksi lebih RM900,000.

Ia menjadikan antara komuniti kandungan permainan paling besar serta aktif di Asia Tenggara dan tidak hairanlah ‘streamer’ kandungan berkenaan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Pengendali laman sosial terbesar itu juga menyatakan rakyat di negara ini gemar untuk menonton kandungan permainan daripada judul PUBG Mobile, Mobile Legends, Grand Theft Auto V, PUBG Lite dan Dota 2.

Wujud rekod perbezaan paling drastik untuk kandungan berkenaan apabila komuniti kandungan permainan di negara ini mencatatkan peningkatan 87 peratus berbanding tahun lalu.

Platform Facebook Gaming adalah satu medium yang diwujudkan oleh Facebook untuk memberi fokus kepada penyiaran kandungan permainan di laman sosial dan pengguna serta pemain facebook gaming boleh berinteraksi secara langsung.

Bagaimana Streamer Facebook Gaming dapat duit?

Facebook Gaming mempunyai fungsi “Send Star“, Ad Break dan juga streamer berpeluang untuk menjadi Duta kepada Facebook Gaming. Dengan level up sebagai Partner, pemain ini nanti akan mendapat lebih banyak feature yang mereka tak boleh dapat daripada platform lain!

BACA: AEON Tawar Peluang Pekerjaan Sebagai Rider, Motosikal Menjadi Milik Anda Selepas Setahun.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here