Home Isu Semasa Doktor Junior Yang Dipindahkan Ke Hospital Sg Buloh Dakwa Tidak Terima Gaji...

Doktor Junior Yang Dipindahkan Ke Hospital Sg Buloh Dakwa Tidak Terima Gaji 2 Bulan

2734
0
Doktor Junior Yang Dipindahkan Ke Hospital Sg Buloh Dakwa Tidak Terima Gaji Dua Bulan

Doktor Junior Yang Dipindahkan Ke Hospital Sg Buloh Dakwa Tidak Terima Gaji Dua Bulan | Sekitar 30 pegawai perubatan kontrak yang terdiri daripada doktor junior dari UMMC, HUKM dan HUSM yang dipindahkan ke Hospital Sg Buloh mendakwa masih belum menerima gaji bagi bulan April dan Mei meskipun Hari Raya Aidilfitri kini sudah semakin mendekat.

Kesemua mereka merupakan kakitangan yang diletakkan di Hospital Sg Buloh yang dikhaskan sebagai pusat rawatan wabak pandemik COVID-19.

Menurut laporan media CodeBlue, mereka dilaporkan akan menerima bayaran pada Jun namun tiada tarik spesifik mengenainya.doktor junior

Salah seorang doktor junior yang menerima gaji sekitar RM4,500 sebulan termasuk elaun memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai wang untuk menyambut Syawal yang akan tiba.

BACA: Dr Noor Hisham Tersenarai Tiga Doktor Terbaik & Diyakini Dunia Perangi COVID-19

Seorang lagi yang menerima gaji sekitar RM5,000 termasuklah elaun memberitahu hanya bergantung kepada simpanan bagi meneruskan kehidupan dan membayar bil.

Enggan mendedahkan identiti diri kerana bimbang akan dikenakan tindakan susulan mendedahkan perkara berkenaan kepada media, mereka memberitahu semasa ditanyakan mengenai perkara tersebut kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima adalah disebabkan sistem pemindahan gaji yang berbeza.

Susulan penularan wabak COVID-19, Hospital Sg Buloh akan dijadikan sebagai hospital khusus dalam merawat penyakit berjangkit. Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sg Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram berkata pihak mereka akan memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.

BACA: Sijil PMR, SPM & Lain-Lain Sijil Peperiksaan Hilang? Ini Cara Nak Dapatkan Balik

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa Malaysian Medics International (MMI), sebuah kumpulan perubatan tidak berasaskan keuntungan memberitahu sebanyak 33 buah institusi perubatan telah menghasilkan 3,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan 3,000 lagi kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian.

Sumber: CodeBlue

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here