Home Isu Semasa Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta, Pemain Kedah Kesal Dibebani Hutang

Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta, Pemain Kedah Kesal Dibebani Hutang

3824
2
Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta, Pemain Kedah Kesal Dibebani Hutang

Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta, Pemain Kedah Kesal Dibebani Hutang | Pengalaman lalu ‘menginsafkan’ dan memberi banyak pengajaran buat pertahanan kental pemain Kedah, Azmeer Yusof yang pernah ‘gila’ membeli kereta serta berbelanja mewah.

Disebabkan perkara itu, Azmeer tampil menasihati pemain terutama bergaji besar agar tidak boros dengan menghabiskan duit bagi perkara yang tidak berfaedah selain perlu berfikir tentang masa depan.

Pemain Kedah berusia 30 tahun itu berkata, mereka tidak perlu memohon kad kredit sekiranya tidak mempunyai disiplin untuk membayar hutang malah jangan sesekali memohon pinjaman peribadi.

BACA: Akhirnya Berjaya Buka Stesen Minyak Sendiri, Anak Muda Ini Kumpul Duit Sejak Tingkatan 3

“Simpan duit dalam Unit Amanah, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau tabung. Jangan beli kereta dulu sebelum beli rumah kecuali beli kereta terpakai atau murah.

“Kurangkan membeli belah benda yang mahal tetapi tidak digunakan dan beli emas.

Insurans juga penting sebagai perlindungan dan berhenti merokok serta beli rumah,” katanya.

pemain kedah

Baru sahaja menyambut hari lahir pada Isnin lalu, pemain Kedah Azmeer mengakui pernah menjalani kehidupan cukup mewah sehingga tidak berfikir bagi menyimpan dan membeli rumah serta melabur untuk meraih keuntungan.

“Saya pernah membeli tujuh kereta dan ketika umur mencecah 30 tahun, saya masih tidak dapat selesaikan hutang.

“Saya rasa seperti manusia paling bodoh di dunia kerana dengan gaji dari 2009 hingga 2019, saya sepatutnya selesaikan semua hutang itu tetapi saya gagal,” akuinya.

Antara tindakan ‘berani mati’ yang dilakukan adalah memohon sehingga lima kad kredit, melakukan pinjaman peribadi dan beli kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan D-Max.

Selepas tindakan tersebut, beliau cuba untuk membeli rumah pada 2014 tetapi pinjaman gagal diluluskan kerana pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan banyak lagi.

“Selepas itu, saya berjanji untuk menjual semua kereta kecuali Vellfire kerana saya niatkan untuk kegunaan ibu bapa. Saya selesaikan hutang kad kredit dan juga pinjaman peribadi.

“Sebelum ini, komitmen saya mencecah RM10,000 sebulan, kini ia semakin sikit dan tidak memeningkan kepala kalau gaji tidak masuk atau apa-apa terjadi pada karier saya.

“Apa yang berlaku semua ini juga, Allah ‘menghadiahkan’ rumah sendiri kepada saya di Alor Setar. Semoga menerusi sebuah rumah ini…
“…saya dapat kembangkan lagi untuk membeli membeli seberapa banyak rumah dengan izin Allah,” ujarnya menerusi laporan BH Online.

Sumber: BH Online

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here