Home Isu Semasa Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula...

Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

6417
3
Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi | Sebelum ini, kita dikejutkan dengan beberapa hotel di Malaysia yang ditutup berikutan tiada keuntungan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Nampaknya, hotel besar seperti Genting Malaysia turut terkesan dan mengalami kemerosotan perniagaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, kesemua hotel resort dan kasino di Genting Highland dan resort di Langkawi dan Terengganu milik Genting telah ditutup sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Genting Malaysia

Langkah tersebut diambil oleh semua hotel di Malaysia sebagai usaha menyekat jangkitan wabak tersebut.

Disebabkan kemerosotan perniagaan, Genting Malaysia Bhd dikhabarkan akan mengurangkan pekerja dan menstruktur semula operasinya.

Menurut naib presiden kanan Genting, Quan Cher Siong berkata, syarikat itu perlu menstruktur semula operasinya di Malaysia dengan memberhentikan lebihan pekerja serta menawarkan skim pemberhentian kerja sukarela dan bersama.

BACA: Kerajaan Perlu Dahulukan Usaha Membina Sektor Makanan Untuk Pulih Ekonomi

Tambahnya lagi, operasi perniagaan Genting akan berdepan kesukaran dan cabaran ketika dimulakan semula untuk mencapai tahap keuntungan seperti sebelum tercetusnya pandemik tersebut.

Dalam laporan suku tahunan kepada pasaran saham pada Khamis, Genting Malaysia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM417.96 juta akibat gangguan ke atas operasi perniagaannya di seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan dan perhotelan yang pertama terkesan kerana COVID-19 serta industri terakhir yang akan pulih.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here