Home Isu Semasa Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Jangan Pilih Pekerjaan Undang Kritikan

Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Jangan Pilih Pekerjaan Undang Kritikan

437
3
Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Jangan Pilih Pekerjaan Undang Kritikan

Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Jangan Pilih Pekerjaan Undang Kritikan | Malaysia meskipun boleh berbangga dengan peluang melanjutkan pelajaran untuk para pelajar sangat mudah tetapi sangat mendukacitakan kerana ramai graduan yang menganggur.

Meskipun golongan graduan ini sudah menambah banyak kemahiran dan sanggup bermula di takut bawah dan kerja diluar bidang, masih terlalu sukar untuk mereka bersaing di pasaran yang lebih mengutamakan orang yang lebih berpengalaman.

5 Jun lalu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan ada mengeluarkan saranan agar pelajar Institut Pengajian Tinggi berfikir di luar kotak untuk berjaya dalam dunia pekerjaan pasca COVID-19.

Beliau turut menyarankan agar golongan pelapis masa hadapan ini lebih fleksibel dalam memilih bidang pekerjaan sebagai contoh graduan yang mengambil bidang sains tidak sepatutnya terhalang untuk menjadi seorang pengusaha produk digital.

Kenyataan saranan yang dibuat dalam temu bual eksklusif bersama Rancak TV pada Khamis lalu juga ada menyebut mengenai graduan ‘perlu menerima apa jua cabaran yang datang dan membuat sesuatu yang kita tidak mimpikan langsung untuk membuatnya’.

pekerjaan

Meskipun niat Shamsuddin hanya mahu menasihati anak muda supaya tidak berputus asa dan melihat COVID-19 sebagai satu cabaran positif, ianya tetap mengundang rasa kurang senang daripada graduan.

Antara luahan yang dapat dilihat adalah sudah ramai graduan yang bekerja di luar bidang kerana kekangan peluang pekerjaan yang ada antaranya tidak cukup pengalaman dan ketiadaan kekosongan susulan jawatan masih lagi dipegang oleh pekerja veteran.

Isu ini bukanlah satu isu baharu sebenarnya. Sudah ramai graduan yang bekerja di luar bidang mereka kerana ketidakmampuan pasaran pekerjaan bagi menampung jumlah lepasan yang terlalu ramai.

Asyik salahkan graduan yang sedang mencari pekerjaan

Bunyi macam sia-sia

Ada juga yang menyentuh mengenai kemahuan pasaran yang mahukan graduan untuk miliki pelbagai kemahiran namun kadar gaji yang ditawarkan masih lagi berada di takuk lama.

Jobstreet baru-baru ini mendedahkan lima senarai industri yang masih mencari pekerja meskipun wabak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Baca lanjt di JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here