Home Isu Semasa Hotel Di Langkawi Terima 1,000 Tempahan Dalam Tempoh Sejam Selepas PKPP Diumumkan!

Hotel Di Langkawi Terima 1,000 Tempahan Dalam Tempoh Sejam Selepas PKPP Diumumkan!

1004
0
Hotel Di Langkawi Terima 1,000 Tempahan Dalam Tempoh Sejam Selepas PKPP Diumumkan!

Sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

langkawi

BACA: Intipati Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Yang Dibentangkan 

“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi,” ujarnya.

Malah katanya, LTA juga menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke bandar ini bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

Namun katanya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai penggunaan fasiliti di hotel.

“Bermula 10 sehingga 31 Disember kita akan sasarkan 1 juta pelancong domestik ke lokasi pelancongan ini.

“Tetapi, kita ada sedikit kemusyilan, kita patut jawab (persoalan tentang) fasiliti-fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas beliau pada Ahad memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPD) yang berakhir 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Lebih banyak kelonggaran diberikan sepanjang tempoh PKPP termasuk kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here