Home Informasi Inilah Video Pertama YouTube Yang Dimuatnaik 15 Tahun Lepas

Inilah Video Pertama YouTube Yang Dimuatnaik 15 Tahun Lepas

790
0
Inilah Video Pertama YouTube Yang Dimuatnaik 15 Tahun Lepas

Laman Perkongsian video YouTube dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari 2005 dan video pertama di laman tersebut cuma dimuat naik pada 24 April 2005.

Video berkenaan pula bukanlah video yang hebat seperti mana kandungan YouTube ketika ini. Video ‘Me at the zoo’ ini cuma berdurasi 18 saat di mana seorang lelaki bercerita tentang pengalaman beliau melawat zoo.

Jadi siapakah sebenarnya lelaki dalam video berkenaan? Sekiranya anda seorang YouTuber, anda ‘wajib’ kenal siapa lelaki ini. Jawed Karim adalah nama lelaki ini dan beliau bukan orang sebarangan; Jawed adalah salah seorang co-founder laman YouTube itu sendiri.

Tahukah anda kesemua pengasas YouTube ini sebenarnya merupakan bekas pekerja PayPal? Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim bersama-sama mengasaskan YouTube pada tahun 2005.

Idea untuk menghasilkan YouTube bermula daripada insiden kontroversi persembahan Janet Jackson di Super Bowl 2004 Jawed berkata ketika itu agak sukar mencari klip video berkenaan di internet dan kemudiaannya tercetuslah idea untuk menghasilkan sebuah platform untuk orang ramai berkongsi video mereka di satu tempat.

YouTube

BACA: 3 Orang Ini Jana Pendapatan Daripada YouTube Dengan Hanya Rakam Aktiviti Seharian

Jawed sebenarnya kurang dikenali berbanding Chad Hurley dan Steve Chen kerana beliau bukan salah seorang pekerja YouTube. Beliau bersetuju bertindak sebagai penasihat sahaja kerana mahu fokus dalam pengajian sains komputer di Universiti Stanford.

Disebabkan itu, beliau memegang pegangan saham YouTube yang lebih rendah berbanding Chad dan Steve kerana role beliau yang lebih kecil di YouTube pada ketika itu.

Nasib mereka bertiga baik kerana Google melihat YouTube mempunyai potensi yang besar di masa akan datang. Hanya setahun, YouTube dibeli oleh Google dengan nilai USD1.65 bilion dalam bentuk stok saham Google.

Walaupun saham Karim di YouTube rendah, tetapi beliau tetap menerima pegangan saham bernilai USD64 juta (~RM272.7 juta) selepas pengambilalihan tersebut. Ia tetap satu nilai yang besar untuk seorang yang berusia 27 tahun ketika itu.

Walau tidak sepopular Chad dan Steve, Jawed akan terus dikenali sebagai individu pertama yang muncul di YouTube. Menariknya, ini satu-satunya video yang ada di channel YouTube beliau dan hanya akan muat naik video seterusnya sekiranya subscribers beliau mencecah 10 juta. Ada beberapa video lain yang beliau muat naik sepanjang tahun 2005 tetapi telah dipadam oleh Karim.

Ia agak mustahil kerana bilangan subscribers beliau pada ketika ini hanya sekitar 900,000 sahaja. Melihat video pertama YouTube ini, pasti menaikkan semangat anda untuk cuba buat konten di YouTube.

SUMBER : REAL LEADERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here