Jamie Oliver Akan Membuka Restoran Pertamanya Di Malaysia | Pastinya ramai yang mengenali chef selebriti British terkenal, Jamie Oliver melalui program siri masakan The Naked Chef. Jamie turut mempunyai rangkaian restoran makanan yang dikenali sebagai Jamie’s Italian.
Kini berita baik buat yang ingin mencuba menu masakan Jamie Oliver, anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana restoran pertama Jamie’s Italian akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh, mengesahkan mengenai perkara ini. Namun, tidak banyak yang dinyatakan selain hanya memberitahu bahawa ia sedang di dalam proses.