Home Isu Semasa 3 Orang Ini Jana Pendapatan Daripada YouTube Dengan Hanya Rakam Aktiviti Seharian

3 Orang Ini Jana Pendapatan Daripada YouTube Dengan Hanya Rakam Aktiviti Seharian

2064
1
3 Orang Ini Jana Pendapatan Daripada YouTube Dengan Hanya Rakam Aktiviti Seharian

YouTube merupakan laman penghosan video milik Google. Buat anda yang tidak tahu, YouTube akan berkongsi pendapatan daripada hasil pengiklanan kepada video creator yang memaparkan video mereka di platform ini.

Lebih banyak tontonan video, lebih banyak jumlah pendapatan yang akan pihak Google kongsikan kepada video creator.

Antara YouTuber popular di dunia adalah seperti Ryan Kaji. Beliau merupakan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang paling lumayan dibayar YouTube pada tahun 2019.

Di sini kami ingin kongsikan 3 orang YouTuber yang hanya merakam aktiviti seharian, mereka berjaya menjana pendapatan lumayan daripada Youtube.

Sugu Pavithra

Sugu Pavithra merupakan seorang suri rumah berbangsa India Malaysia yang tinggal dikampung dan hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan.

Beliau yang memuatnaik resipi dan cara masakan serta aktiviti harian keluarganya sehingga kini sudah pun berjaya mencatat sejumlah 243,000 subscriber, manakala video-video yang dimuat naik beliau pula mencatatkan jumlah tontonan sehingga 6 juta views.

Dia fasih berbahasa Malaysia, menjadikan video yang dirakam menggunakan handphone tanpa suntingan yang hebat menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

Bukan itu saja, pencapaian Sugu Pavithra dan channel YouTube miliknya kini juga menjadi tumpuan media-media dalam negara selepas kisah beliau dan channelnya menuju ke puncak mula tular sejak beberapa hari yang lalu.

Sazali Adam Bahar

Sazali Adam Bahar merupakan seorang nelayan yang suka merakam aktiviti beliau ketika sedang menangkap hasil laut.

Beliau memuatnaik hasil tangkapannya seperti ikan, udang dan ketam. Bukan itu sahaja, beliau juga turut berkongsi tips untuk menangkap ikan.

Apa yang beliau rakam, itu yang beliau muatnaik. Tidak ada sebarang suntingan dilakukan. Hasilnya, video yang dirakam berjaya meraih ratusan ribu tontonan.

Dimas Pratama

Ini mungkin mampu mencabar sikit para YouTuber di Malaysia.

Dimas Pratama, beliau merupakan orang Indonesia yang bekerja di Malaysia, mempunyai 153,000 orang subscriber. Beliau hanya rakam video buat kerja kait buah kelapa sawit sahaja dan naikkan kelapa sawit atas lori kerana itu adalah kerjanya setiap hari.

Ada 388 buah video yang dimuatnaik kebanyakkannya adalah video angkat kelapa sawit.

Cara edit pun biasa-biasa sahaja dan rakam menggunakan smartphone.

Dia juga merupakan YouTuber Sawit pertama mendapat Silver Play Button. Satu pencapaian bagi mereka yang berjaya menjana 100,000 orang subscriber.

Video yang dia hasilkan, dia masukkan sekali dengan lagu dan konsisten untuk muatnaik di YouTube. Tak perlu buat video cantik-cantik.

Jadi kepada anda yang sudah lama teringin untuk membuka channel YouTube sendiri, apa kata anda menjadikan kisah ketiga-tiga mereka ini sebagai inspirasi dan meletakkan halangan-halangan yang dihadapi sebelum ini ke tepi terlebih dahulu.

Mana tahu, suatu hari nanti anda juga mungkin boleh mengumpul sehingga ratusan ribu dan akhirnya dibayar oleh YouTube kan?

Mencipta konten terutamanya video di YouTube kini bukanlah lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat di negara kita.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here