Home Isu Semasa Jepun Mengeluarkan Larangan Pelancong Asing Dari 111 Negara Termasuk Malaysia Akibat COVID-19

Jepun Mengeluarkan Larangan Pelancong Asing Dari 111 Negara Termasuk Malaysia Akibat COVID-19

2132
1
Jepun Mengeluarkan Larangan Pelancong Asing Dari 111 Negara Termasuk Malaysia Akibat COVID-19

Menurut laman web Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA), pelancong asing yang telah berada di Malaysia selama 14 hari terakhir akan dilarang masuk ke Jepun.

Sejumlah 111 buah negara, termasuk Malaysia telah disenaraikan dalam larangan ini.

Setakat ini, masih belum ada tarikh yang ditentukan bilakah larangan kemasukkan ini akan berakhir.

Bagi warganegara Jepun pula yang pulang dari salah satu dari 111 negara dalam senarai larangan, mereka harus menjalani kuarantin selama 14 hari di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di sana.

BACA: 4 Krisis Dunia Ini Di Jangka Menjadi Lebih Teruk Akibat Covid-19

Mereka juga akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) dan tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam sehingga akhir bulan Jun.

pelancong asing

Pelancong asing ke Jepun telah menurun lebih 90 peratus dalam 2 bulan terakhir

Menurut laman web Kyodo News, bilangan pelancong asing ke negara itu telah menurun sejak Februari lalu, ketika Jepun mula melarang pelancong asing dari Wilayah Hubei, China dan Korea Selatan, sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Pada bulan itu, jumlah pengunjung turun 58 peratus dari tahun sebelumnya kepada 989,741. Angka itu kemudian turun 94 peratus pada bulan Mac kepada 152,162, dan 99 persen pada bulan April menjadi 1,256 sahaja.

Sebelum ini pada tahun 2019, jumlah rekod 28.4 juta pelancong telah mengunjungi negara matahari terbit itu.

Jepun kini dilaporkan lebih menumpukan usaha untuk meningkatkan industri pelancongan domestiknya.

Sumber

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here