Home Isu Semasa JobStreet Laporkan 5 Bidang Pekerjaan Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era COVID-19

JobStreet Laporkan 5 Bidang Pekerjaan Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era COVID-19

2547
2
JobStreet Laporkan 5 Bidang Pekerjaan Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era COVID-19

JobStreet Laporkan 5 Bidang Pekerjaan Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era COVID-19 | Situasi COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita ketika ini jelas memberi kesan kepada sektor ekonomi dan juga peluang kerja.

Untuk rekod, satu daripada lima rakyat Malaysia kehilangan kerja manakala 35 peratus lagi mengalami pengurangan gaji disebabkan penularan wabak itu  menurut laman carian pekerjaan JobStreet.com seperti dilaporkan Harian Metro.

Kajian yang dijalankan oleh laman itu pada Mei tahun ini bagaimanapun mendapati terdapat lima bidang pekerjaan berkaitan kemahiran digital yang masih mendapat permintaan dalam kalangan majikan.

pekerjaanBACA: 2 Juta Orang Akan Hilang Pekerjaan Selepas Aidilfitri, Majikan Masih Bergelut Kesan COVID-19

Lima bidang kerja utama itu menurut mereka adalah 1) teknologi maklumat (IT), 2) pembuatan, 3) kewangan, 4) e-dagang dan 5) perkhidmatan kesihatan.

“Kajian melaporkan lima bidang utama berkaitan dengan kemahiran digital dikehendaki majikan iaitu teknologi maklumat (IT), pembuatan, kewangan, e-dagang dan perkhidmatan kesihatan.

“Berdasarkan kajian itu, 3,269 tawaran kerja dalam bidang teknologi maklumat (IT), pembuatan (3,314), kewangan (1,991), e-dagang (1,820) dan perkhidmatan kesihatan (1,307),” jelas Pengurus Negaranya, Gan Bock Herm.  dalam sidang media secara dalam talian hari ini.

Tambah beliau juga, jumlah majikan yang mencari tenaga kerja berkemahiran dalam perisian juga meningkat sehingga 250 peratus dengan 40 peratus majikan juga dilaporkan mencari bakat berkemahiran dalam bidang IT dan pembuatan.

Kajian itu bagaimanapun menurut pihak mereka turut menjangkakan lebih dua juta pengangguran akan berlaku di negara ini pada masa sama kerana terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

BACA: Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here