Home Informasi Inilah 7 Kelebihan Mewarna Buat Orang Dewasa Selain Menenangkan Otak.

Inilah 7 Kelebihan Mewarna Buat Orang Dewasa Selain Menenangkan Otak.

755
0
Inilah 7 Kelebihan Mewarna Buat Orang Dewasa Selain Menenangkan Otak.

Inilah 7 Kelebihan Mewarna Buat Orang Dewasa Selain Menenangkan Otak. | Jangan tak percaya, biarpun merupakan hobi atau dilakukan secara suka-suka namun ia punya manfaat yang sangat bagus untuk kesihatan korang!

Beberapa tahun yang lepas, pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan di mana terapi mewarna mempunyai banyak manfaat daripada segi psikologi terhadap orang dewasa.

Aktiviti mewarna yang dahulunya dilihat khas bagi kanak-kanak kini telah muncul sebagai trend yang disukai oleh orang dewasa.

mewarna

Berikut kami kongsikan tujuh manfaat yang boleh diperoleh melalui aktiviti mewarna bagi orang dewasa:

1. Mengalihkan perhatian daripada diri sendiri

Aktiviti mewarna berupaya untuk mengalihkan perhatian anda daripada diri sendiri. Hal ini kerana anda memberi tumpuan kepada aktiviti yang sedang anda lakukan sama seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang bukan-bukan, anda dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama beberapa jam.

2. Membantu menangani masalah emosi dan mental

Kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak sistematik boleh mencetuskan masalah emosi dan mental. Ini boleh terjadi kepada mereka yang menderita penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan kemurungan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mampu mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif dan membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang lebih produktif dan selamat.

3. Menenangkan otak

mewarnaAktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD atau post traumatic stress disorder), kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka.

Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.

4. Mewarna mengembalikan kita ke masa lalu

Aktiviti mewarna mampu mengembalikan diri anda pada memori-memori zaman kanak-kanak dahulu, di mana waktu itu anda bebas melakukan apa sahaja, tiada beban dan tanggungjawab.

Di dalam fikiran hanya ingin bermain dan bergembira sahaja. Namun, apabila dewasa anda mula kenal apa itu beban dan tanggungjawab tapi dengan melakukan aktiviti mewarna, anda seolah-olah dibawa kembali ke zaman nostalgia, zaman di mana anda masih lagi bergelar kanak-kanak.

5. Manfaat intelektualmewarna

Sukar untuk percaya aktiviti mewarna turut mempunyai manfaat intelektual. Hal ini demikian kerana mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.

6. Melatih semula daya kemahiran

Kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan digunakan ketika aktiviti mewarna. Sewaktu kita memilih skim warna dan menimbang kesesuaiannya serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya).

BACA: Apakah Syarat Masuk Harvard University Bagi Pelajar Malaysia?

Menariknya, aktiviti mewarna sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah dan sukar corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.

7. Mengalihkan perhatian daripada kesakitan

Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.

Jelaslah di sini aktiviti mewarna tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti ini bagi melepaskan segala tenaga negatif. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

So jom la kita mewarna kembali untuk kesihatan tubuh badan kita.

Sumber:Hello Doktor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here