Home Isu Semasa Malaysia Mesti Bijak Pilih Tawaran 2 Kuasa Besar, Demi Masa Depan Negara!

Malaysia Mesti Bijak Pilih Tawaran 2 Kuasa Besar, Demi Masa Depan Negara!

1581
1
Malaysia Mesti Bijak Pilih Tawaran 2 Kuasa Besar, Demi Masa Depan Negara!

Malaysia Mesti Bijak Pilih Tawaran 2 Kuasa Besar, Demi Masa Depan Negara! | Ketika Amerika Syarikat (AS) dan China saling berbalah, negara lain di seluruh dunia harus memilih antara dua negara berkenaan.

Kekuatan ketenteraan AS dan pengaruh ekonomi China – pilihan menarik perhatian negara tidak bersekutu ke arah yang berbeza.

Sudah tentu kumpulan negara G7 akan bersama AS, walaupun mereka tidak menyukai pendekatan pentadbiran presidennya, Donald Trump yang ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Namun bagi kita semua, ia tidak begitu jelas. Pilihan ini perlu dilakukan, terutama bagi negara ASEAN yang terperangkap dalam impian China terhadap persempadanan Laut China Selatan dan cengkaman lemah AS terhadap hegemoni global.

kuasa

Malaysia harus menghadapinya dua kali ganda, sebagai antara penerima terbesar pelaburan luar China, tetapi mempunyai kerangka politik yang serasi dengan Barat.

Tidak seperti kes India dan Pakistan yang meletakkan kita dalam situasi tidak senang dengan pentadbiran Narendra Modi, kes AS dan China ini bukan sesuatu yang dilihat mudah bagi kita.

Walaupun Malaysia mengharapkan kedua-dua kuasa besar ini dapat menyelesaikan perbezaan mereka secara damai, harapan itu terlampau optimis.

Malaysia berada pada landasan strategik yang penting bagi kedua-dua kuasa besar ini.

China melihat kita sebagai tempat utama untuk strategi ‘jalur dan laluan’ mereka dan mengeluarkan dana yang besar untuk membina infrastruktur di Malaysia.

China juga menikmati hubungan budaya dengan Malaysia yang sudah membantu mempermudahkan urusan perdagangan serta pelaburan.

Walaupun AS mempunyai kekayaan yang besar, China lebih banyak melakukan perbelanjaan sepanjang dekad lalu.

Ada pendapat bahawa kita harus berhadapan dengan China mengenai rampasan sumber di Asia Tenggara. Ia sama sekali tidak benar, walaupun kita harus mempertahankan kedaulatan sempadan Malaysia.

Mungkin ada manfaat yang jauh lebih besar bagi Malaysia hasil kerjasama strategi yang mungkin tidak akan berlaku untuk negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina dan Vitenam.

Bagi AS pula, mereka melihat kita sebagai negara cukup penting yang boleh membendung China daripada memperluaskan kekuasaan mereka ke seluruh Asia Tenggara.

AS sangat komited terhadap lalu lintas bebas di Laut China Selatan dengan satu per tiga penghantaran komersial global melalui laluan itu.

Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia, namun jangan terlepas pandang mengenai kekuatan ketenteraan AS.

BACA: Kerajaan Harap Warga Tempatan Isi 500k Kerja Kosong Di Ladang

Yang dapat kita lihat sekarang hanya cebisan kecil daripada kuasa sebenar mereka, dengan AS mempunyai kompleks ketenteraan yang boleh mengawal keseluruhan infrastruktur bumi dan akan terus berkembang.

Anda mungkin tidak suka mendengarnya, namun tidak boleh menafikan fakta ini.

Realitinya angkatan tentera AS sedang memberi tumpuan terhadap Asia Tenggara.

Jika AS mengalihkan sepenuh tumpuan mereka dari Asia Barat ke arah China, maka kita harus berpendirian tegas dan jelas kerana pertempuran yang bakal berlaku betul-betul di pintu keluar masuk Malaysia.

Sekiranya anda menganggap konflik ini tidak mungkin akan berlaku, pertimbangkan semula kerana AS mempunyai ramai pihak di belakang mereka yang menyokong.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, semua ini hanya senarai kecil.

Tidak dilupakan juga penguasaan dolar AS dan kawalan media pada peringkat global.

Secara ringkas, kita tidak akan berpaling dari AS. Sama ada anda suka atau tidak, mereka tetap mempunyai kuasa dan pengaruh sangat besar.

Jika anda mungkin dapat melupakan penyakit gila Trump buat seketika, mereka sebenarnya mempunyai beberapa contoh yang boleh menjadi ikutan iaitu demokrasi terbuka, kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang dan hak untuk harta benda; ciri-ciri diperlukan untuk membina asas masyarakat moden. Tidak boleh dipandang remeh hal sedemikian.

Jadi, kita bukan berada pada situasi yang teruk. Kita mempunyai pelbagai faedah hasil daripada hubungan dengan China, secara komersial dan budaya.

Malaysia boleh memainkan peranan utama dalam menggalakkan kuasa besar China agar berkelakuan baik dengan jirannya di ASEAN, bukan mencetuskan ketegangan antara satu sama lain (seperti yang terjadi di Filipina).

Pada masa sama, Malaysia juga harus melindungi hak negara, termasuk kebebasan dan kemerdekaan kita di mana ia dijamin oleh pengaruh dan kuasa AS.

Kerjasama dengan AS dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia dalam pertempuran diplomatik atau ketenteraan. Sekiranya ingin menjadi masyarakat yang progresif, kita harus berdiri bersama dengan masyarakat progresif lain.

Kedua-dua negara besar ini memerlukan kita. Marilah pilih menu yang ditawarkan yang boleh memenuhi selera, berkhasiat dan enak mengikuti cita rasa kita.

Dengan tibanya Syawal, marilah kita berdoa agar amalan baik kita diterima dan dikurniakan pahala dengan adil.

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat Aidilfitri serta maaf zahir dan batin.

Sumber: Dr Rais Husin

Penulis adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here