MR DIY menawarkan lebih 1000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di lebih 600 kedai seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Adrian Ong berkata tawaran kerja kosong ini bagi memenuhi peningkatan permintaan bagi kepakaran yang relevan di cawangan seluruh negara dan ibu pejabatnya di Selangor.
Calon yang memohon jawatan penyelia dan keatas perlu memiliki ijazah dan/atau diploma manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperlukan bagi jawatan juruwang dan promoter. Mereka yang memohon perlu berusia 18 tahun dan ke atas.
BACA: Saranan Persekutuan Majikan Supaya Graduan Jangan Pilih Pekerjaan Undang Kritikan
Selain itu, terdapat pelbagai jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan dan kanan MR DIY, eksekutif serta pegawai bagi graduan baharu di pelbagai jabatan di ibu pejabat syarikat.
Great news! We are currently looking for passionate people, to fill in the positions as per below to accommodate our…
Posted by MR DIY on Wednesday, June 3, 2020
Tawaran bagi mengisi jawatan kosong ini dibuka selama tiga bulan mulai 1 Jun, turut menggalakkan individu kurang upaya untuk memohon.
Pekerja yang diterima bakal menerima pelbagai faedah menarik termasuk liputan perubatan, diskaun staf, kenaikan gaji tahunan serta bonus, lawatan tajaan syarikat serta peluang perkembangan kerjaya dan kemajuan diri. Gaji permulaan bermula RM1200.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja, sila layari laman sesawang MR D.I.Y www.mrdiy.com/career serta akaun media sosialnya di Facebook, Instagram dan Linkedln.
Sumber: Bernama