Home Isu Semasa Netizen Muak Perangai Reseller Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x...

Netizen Muak Perangai Reseller Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish

799
0
Netizen Muak Perangai Reseller Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish

Netizen Muak Perangai Reseller Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish | Dua hari lalu, koleksi panas Uniqlo x Billie Eilish x Takashi Murakami telah dijual di butik terpilih Uniqlo Malaysia.

Koleksi tersebut sold out dijual secara dalam talian pada 25 Mei 2020 lalu dan disebabkan itu, ramai yang beratur di butik Uniqlo Malaysia kerana tidak mahu terlepas peluang untuk memiliki koleksi ini.

Dalam kalangan yang membeli untuk diri sendiri, golongan reseller seperti biasa tidak mahu terlepas peluang untuk ‘buat duit’ menerusi koleksi panas ini.Reseller

Salah seorangnya adalah pengguna Twitter ini yang mengaku membeli hampir 20 helai baju Uniqlo x Billie Eilish untuk dijual semula pada harga RM120 sepasang (harga asal sehelai hanya RM59.00).

Lelaki ini merasakan ‘penat lelah’ mereka beratur sejak jam 5 pagi untuk memborong koleksi khas ini ada harganya dan disebabkan itu mereka perlu jual kembali hasil dagangan dengan harga yang mahal.

Namun, perkara berkenaan tidak disenangi oleh majoriti pengguna Twitter. Ramai yang berpendapat upah yang diambil adalah terlalu tinggi dan kalah harga personal shopper yang sentiasa terbang ke luar negara.

Netizen beranggapan golongan reseller ini hanya memikirkan keuntungan dan bukan niat untuk membantu. Tidak salah untuk ambil upah bagi setiap pembelian tetapi sekiranya ia terlalu tinggi, bertabahlah jika dikecam oleh netizen.

Buat yang terlepas dan masih mahu membeli koleksi Uniqlo x Billie Eilish, tidak perlu risau kerana saiz masih banyak di Uniqlo Mid Valley yang boleh dibeli pada harga retail.

P/S: Menurut sumber yang boleh dipercayai, masih terdapat banyak lagi stok koleksi Billie Eilish ini di gudang Uniqlo. Uniqlo akan restock koleksi ini dalam masa terdekat. Maka buat resellers yang beli banyak, bertabahlah.

BACA: Demi Sokong Streamer, Pengguna FB Malaysia Belanja RM900,000 Sebulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here