Home Isu Semasa Pasangan Arab Saudi Ketuk 24 Batang Paku Ke Badan Orang Gaji

Pasangan Arab Saudi Ketuk 24 Batang Paku Ke Badan Orang Gaji

4430
0
Pasangan Arab Saudi Ketuk 24 Batang Paku Ke Badan Orang Gaji

Seorang warga Sri Lanka yang bekerja sebagai orang gaji untuk sepasang suami isteri di Arab Saudi didera dengan diketuk 24 batang paku ke kedua-dua belah tangan, kaki dan kepala.

Menurut laporan Reuters, L.T. Ariyawathi, 49, hanya melaporkan kejadian tersebut selepas balik ke negara asalnya selepas hanya lima bulan bekerja di Arab Saudi.

Ariyawathi dilaporkan didera selepas mengadu terlalu penat bekerja. Keadaan ibu kepada tiga orang anak itu hanya diketahui selepas dia mengadu sakit kepada keluarganya sebelum dibawa berjumpa doktor.

Setiausaha Media Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka, Kalyana Priya Ramanayake mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kesakitan Ariyawathi itu berpunca daripada 24 paku yang tertanam di anggota badannya.

Ariyawathi kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang paku tersebut. Menurut wanita malang itu, semua paku diketuk ketika sedang panas.

Imbasan x-ray jelas menunjukkan beberapa paku sepanjang 1-2 inci tertanam di kedua-dua belah tangan, kaki dan sebatang lagi di atas matanya.

Arab Saudi

Kerajaan Sri Lanka telah berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk membawa pasangan Arab Saudi itu ke muka pengadilan.

Kerajaan Sri Lanka turut memberi Ariyawathi kira-kira USD3,000 (RM12,785) sebagai pampasan. Menurut laporan media, setiap pekerja migran Sri Lanka yang didera di luar negara diberi pampasan sebanyak USD3,000 oleh kerajaan mereka.

“Cek sebanyak USD900 (RM3,835) telah pun diberi kepada dia di hospital,” kata Kalyana. Beliau turut menambah, baki pampasan akan diberi sebaik sahaja dia keluar dari hospital.

Arab Saudi

Dana pampasan tersebut diambil dari tabung kebajikan pekerja migran Sri Lanka di luar negara.

Ariyawathi yang bekerja di negara terbabit dengan harapan dapat mengumpul duit untuk membaiki rumahnya yang diperbuat daripada tanah liat.

Sejumlah 1.8 juta rakyat Sri Lanka bekerja di luar negara, di mana 70% daripadanya merupakan wanita. Kebanyakan mereka bekerja sebagai orang gaji di Timur Tengah. Sebahagian kecil lagi bekerja di Singapura dan Hong Kong.

Sistem Kafalah di Arab Saudi

Kes orang gaji yang didera di negara Timur Tengah ini bukanlah kes asing. Sejak perlaksanaan sistem Kafalah (نظام الكفالة) yang banyak dilaksana di negara-negara Arab, sudah banyak pekerja asing didera dan diperlakukan tidak seperti manusia.

Di bawah sistem Kafalah, majikan perlu menaja kos visa kerja, makan, minum, tempat tinggal dan kebajikan pekerjanya. Bagaimanapun sistem ini kerap kali disalah guna oleh majikan di negara-negara Arab untuk memperhambakan pekerja asing.

Di Arab Saudi sahaja, sudah banyak kes pekerja asing dari Indonesia yang didera antara tahun 2015-2018. Apabila didera, kebanyakan pekerja asing Indonesia ini membalas dengan membunuh majikan mereka. Sebagai hukuman kerana membunuh, pekerja asing Indonesia ini kemudiannya dihukum mati pancung kepala.

Antara terkenal adalah kes Siti Zaeneb dan Karni pada tahun 2015. Pada Mac 2018, Zaini Misin dihukum mati selepas membunuh majikan yang menderanya. Tujuh bulan kemudian, Tuti Tursilawat juga dihukum mati selepas membunuh majikan yang merogolnya.

BACA : 4 Krisis Dunia Ini Di Jangka Menjadi Lebih Teruk Akibat Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here