Home Informasi Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam Dan Bazaria Dibenar Beroperasi Mulai 15...

Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam Dan Bazaria Dibenar Beroperasi Mulai 15 Jun – Ismail Sabri

1701
2
Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam Dan Bazaria Dibenar Beroperasi Mulai 15 Jun – Ismail Sabri

Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi pasar-pasar ini juga turut telah ditetapkan mengikut SOP yang telah dipersetujui oleh pihak MKN dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Waktu operasi yang kita benarkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka adalah 6 pagi hingga 11 pagi. Pasar malam 4 petang hingga 10 malam dan bazaria 5 petang hingga 11 malam”, ujarnya.

pasar

“Antara SOP yang telah pun kita sama-sama persetujui adalah jarak sosial di antara gerai ke gerai telah pun ditetapkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter dan di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.

“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk dan satu jalan keluar. Maknanya secara one way. Masuk daripada pintu masuk dan bila sampai ke hujung tidak boleh berpusing-pusing.

“Mesti masuk sehala dan keluar. Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk, hand sanitizer perlu digunakan, digalakkan penggunaan topeng muka dan peniaga-peniaga yang menjual barang makanan dan sebagainya tidak boleh menyediakan meja dan tempat makan tetapi hanya boleh take away sahaja”, ujarnya.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa peniaga-peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh merujuk SOP tersebut di website DBKL serta MKN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambahnya lagi, kebenaran membenarkan pasar-pasar ini beroperasi juga termaktub kepada pasar-pasar di seluruh negara.

“Walaupun ianya merupakan SOP yang dikeluarkan oleh DBKL/Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi SOP ini adalah juga untuk kegunaan pasar malam, pasar pagi dan lain-lain di seluruh negara.

BACA: Tak Beri Muka, DBKL Terus Gempur Aktiviti Perniagaan Haram Warga Asing Degil

Bermakna mulai 15 Jun, kebenaran ini bukan setakat untuk pembukaan pasar malam, pasar pagi dan sebagainya di seluruh wilayah, tetapi kita membenarkan pembukaan pasar-pasar malam, pagi dan sebagainya di seluruh negara dengan SOP yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh DBKL tadi berdasarkan penyesuaian tertentu berdasarkan PBT”, katanya.

Menurutnya lagi, semua peniaga dan pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera.

Sumber

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here