Home Isu Semasa Daripada Pendapatan 6 Angka Kepada Rider FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya...

Daripada Pendapatan 6 Angka Kepada Rider FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

3061
0

Daripada Pendapatan 6 Angka Kepada Rider FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup | Waktu sukar banyak mengajar kita untuk lebih memahami bahawa hari tidak selalunya cerah dan hidup tidak pernah berhenti menduga tidak kira dalam apa pun situasinya.

Beruntunglah orang-orang yang tidak keberatan untuk mengambil keputusan sukar dalam hidup ketika mereka dilanda sesuatu musibah.

Seorang pemuda yang bernama Lai, berusia 30 tahun, sebelum ini memperoleh pendapatan dengan enam angka setiap bulan terpaksa menukar kerjayanya kepada penghantar makanan untuk FoodPanda bagi meneruskan hidup ditengah-tengah pandemik COVID-19.rider

BACA: Rider Geram Pelanggan Tak Hormat Masa Orang Lain.“Kerja Ni Tak Bagi Kemewahan Pun”.

Dia pada asalnya adalah seorang pemilik perniagaan yang menjalankan perkhidmatan kedai komputer. Perniagaan yang dimulakan bersama-sama dengan tiga orang lagi ketika dia berumur 26 tahun itu berjalan baik sebelum ini sehingga memberikannya pendapatan bulanan sebanyak enam angka.

Walaubagaimanapun, ketika COVID-19 datang menjengah. Dia terpaksa membuat keputusan sukar dengan menutup perniagaannya. Tetapi masih perlu membayar RM3,000 pinjaman kepada pihak bank setiap bulan.

Dia yang sudah menjual keretanya telah memutuskan untuk membuat kerja sebagai rider bagi memastikan dia mempunyai pendapatan yang stabil setiap bulan.

Dalam tempoh PKP, dia akan bekerja sepanjang masa bagi menghantar sebanyak 300 makanan seminggu dan memperoleh sehingga RM1,000.

Dia kini gembira dengan pekerjaannya dan berjaya memperoleh pendapatan yang stabil. Dia yang sudah terbiasa dengan kesulitan dalam hidup mengatakan bahawa bekerja sebagai rider untuk FoodPanda telah memberikannya satu rasa tekad baru dalam hidup.

BACA: Runner Persendirian Boleh Kena Denda RM250,000 Jika Kenakan Charge Tak Masuk Akal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here