Home Isu Semasa Pengendalian PATI, Kerajaan Tidak Tunduk Desakan Kumpulan Hak Asasi Manusia

Pengendalian PATI, Kerajaan Tidak Tunduk Desakan Kumpulan Hak Asasi Manusia

3281
1
Pengendalian PATI, Kerajaan Tidak Tunduk Desakan Kumpulan Hak Asasi Manusia

Pengendalian PATI, Kerajaan Tidak Tunduk Desakan Kumpulan Hak Asasi Manusia | Kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan kumpulan hak asasi manusia yang cuba mengkritik usaha pengendalian kerajaan terhadap golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang wabak koronavirus (Covid-19).

Sebaliknya, tindakan kerajaan melaksanakan operasi menangkap PATI sepanjang tempoh itu adalah demi menjaga kepentingan umum serta majoriti rakyat yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pastinya berdepan implikasi amat besar sekiranya golongan ini tidak ditangkap kerana mereka berupaya menyebarkan virus tanpa sedar kepada orang awam dan sukar dikesan kerana tiada dokumen sah.

PATI

Menurutnya, kerajaan turut mengecam tindakan segelintir pejuang hak asasi manusia yang dilihat hanya pandai mengkritik tindakan kerajaan semata-mata dan tidak faham undang-undang terhadap PATI.

“Saya pun tidak faham dengan golongan tidak faham undang-undang terhadap PATI.

“PATI adalah mereka yang masuk ke negara ini secara haram dan saya tidak tahu mana-mana negara (di dunia ini) yang membenarkan golongan itu masuk tanpa dokumen sah.

BACA: Kerajaan Harap Warga Tempatan Isi 500k Kerja Kosong Di Ladang

“Kita tangkap mereka kerana yang pertama tindakan mereka salah di sisi undang-undang dan kedua jika mereka tidak ditangkap dan dijangkiti Covid-19, tentu mereka akan menyebarkan virus itu tanpa sedar kepada rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, golongan PATI yang ditangkap ini juga sebenarnya patut berterima kasih kepada kerajaan kerana mereka akan disaring dan diberi rawatan Covid-19 sekiranya didapati positif wabak itu.

“Adakah kita mahu keselamatan rakyat negara ini terjejas hanya disebabkan tuntutan perjuangan segelintir kumpulan hak asasi manusia semata-mata?

“Sebaliknya mereka perlu lihat tindakan dilakukan kerajaan untuk menjaga kepentingan umum dan majoriti rakyat yang patuh SOP PKPB.

“Kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan golongan berkepentingan peribadi, sebaliknya akan terus menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut menyifatkan keputusan kerajaan mewajibkan semua operator tapak binaan menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja asing mereka sebagai langkah tepat.

Susulan berlakunya kluster tapak binaan di Kuala Lumpur baru-baru ini, Ismail Sabri membayangkan implikasi negatif yang bakal dirasai rakyat negara ini sekiranya tindakan kerajaan itu tidak dikuatkuasakan segera.

“Cuba bayangkan jika mereka tidak disaring masa perayaan Aidilfitri pastinya mereka akan memenuhi seluruh pekarangan bangunan Suria KLCC.

“Bayangkan juga 44 orang disahkan positif Covid-19 turut berada di situ tentunya wabak itu bukan sahaja akan merebak dalam kalangan mereka bahkan seluruh rakyat tempatan,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here