Home Isu Semasa PROTON Saga Kereta Paling Laris Dijual Di Malaysia Selepas PKP

PROTON Saga Kereta Paling Laris Dijual Di Malaysia Selepas PKP

1125
1
PROTON Saga Kereta Paling Laris Dijual Di Malaysia Selepas PKP

PROTON Saga Kereta Paling Laris Dijual Di Malaysia Selepas PKP | Terdapat tanda-tanda awal pemulihan dalam industri automotif negara selepas PROTON berjaya menjual sebanyak 5,676 kenderaan dari model Saga, X70 dan Persona. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 73.2% berbanding Mac 2020.

“Pada Mei 2020, PROTON telah menjual sebanyak 5,676 kenderaan, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 23.3%,” menurut kenyataan PROTON.

“Bagi bulan sama pada 2019, jualan syarikat telah dicatatkan sebanyak 10,611 unit iaitu menunjukkan perbezaan sebanyak 46.5%. Ini sekali gus menggambarkan keadaan pasaran yang mencabar akibat penularan COVID-19.

proton saga

“Bagaimanapun, 5,676 unit pada Mei merupakan satu peningkatan.”

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong pula berkata perlaksanaan PKP dan PKPB telah memberi kesan kepada setiap aspek ekonomi negara.

“Industri automotif kini beransur-ansur pulih namun seperti yang dijangkakan, bulan pertama adalah tempoh penyesuaian kerana perlu mengamalkan normal baharu yang melibatkan seluruh aspek operasi syarikat,” katanya.

“Ia akan memerlukan beberapa bulan lagi untuk mendapatkan ketepatan bacaan keadaan pasaran ekonomi tetapi PROTON yakin akan dapat melihat peningkatan prestasi yang stabil untuk baki tempoh tahun ini.”

Jualan meningkat disebabkan Proton Saga, X70 dan Persona

Jumlah jualan PROTON yang dicatatkan dari awal tahun sehingga kini berkurangan sebanyak 23.3% untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini dan bagi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan turut menyusut sebanyak 48.7% dalam tempoh sama.

Dari segi kedudukan pasaran dan pegangan pasaran, PROTON kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia (selepas Perodua) dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini sebanyak 21.1%, sejajar dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini.

Prestasi jualan PROTON pada Mei disebabkan empat model syarikat yang mencatatkan jualan tertinggi dalam segmen pasaran masing-masing.

Proton X70 kekal menjadi SUV segmen C terlaris di negara ini dan jumlah kumulatifnya pada tahun ini juga menunjukkan SUV itu yang terlaris secara keseluruhan.

BACA: Nissan Tutup Kilang Pengeluaran Kereta Secara Serentak Di Indonesia Dan Barcelona

Dikeluarkan melalui kilang baharu di Tanjung Malim, model tersebut telah dinaik taraf pada Mei lepas dengan penambahan penapis kabin N95 iaitu Sistem Pembersih Udara Pintar PROTON (P-IAPS). Penapis baharu tersebut turut ditawarkan kepada pemilik sedia ada Proton X70 untuk menggantikan sistem penapis kenderaan mereka, menurut PROTON.

Syarikat terus mencatat prestasi terbaik apabila Proton Saga turut menjadi model pilihan pembeli di Malaysia pada Mei. Ini adalah pencapaian kali pertama bagi model proton saga tersebut dan turut meletakkannya sebagai sedan segmen A paling popular pada bulan lepas.

Selain itu, model Proton lain selain proton Saga yang turut mencatat jualan cemerlang ialah Proton Persona yang merupakan model terlaris bagi sedan segmen B manakala Proton Exora kekal menjadi pilihan utama bagi pasaran MPV segmen C.

Katanya PROTON akan menawarkan nilai yang lebih baik pada bulan ini untuk menarik minat pembeli. Pelanggan yang membeli Proton X70 layak untuk menikmati pembiayaan percuma bagi tahun pertama, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here