Home Isu Semasa Ramai Rakyat Tempatan Menunjukkan Minat Untuk Bekerja Di Pasar Termasuklah Lepasan Universiti

Ramai Rakyat Tempatan Menunjukkan Minat Untuk Bekerja Di Pasar Termasuklah Lepasan Universiti

2074
1
Ramai Rakyat Tempatan Menunjukkan Minat Untuk Bekerja Di Pasar Termasuklah Lepasan Universiti

Ramai Rakyat Tempatan Menunjukkan Minat Untuk Bekerja Di Pasar Termasuklah Lepasan Universiti | Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pasar Borong Harian Selayang, Mohamad Pandu Insan Yahya mendedahkan sambutan yang amat baik diterima dari rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan kerja di pasar itu.

Kira-kira 100 warga tempatan masih menunggu kekosongan kerja di pasar borong Selayang sejak kerajaan menetapkan pengambilan pekerja tempatan di sektor pekerjaan itu. Semenjak itu, pihaknya mengendalikan lebih 20 permohonan kerja sehari.

BACA: Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Pihaknya kini telah membantu kira-kira 200 orang bagi mendapatkan kerja manakala selebihnya diambil bekerja majikan atau ‘tauke’ di pasar borong. Buat masa ini, dia menganggarkan 400 orang tempatan sudah pun bekerja di pasar borong ini sejak sebelum Aidilfitri lalu.

“Dalam sehari, lebih 10 panggilan dari rakyat tempatan kita terima yang menanyakan mengenai kekosongan kerja.”

rakyat tempatan

Melihatkan sambutan yang diberikan ini, dia memberitahu tidak timbul dakwaan yang menyatakan orang kita malas dan tidak mahu bekerja di pasar. Dia menganggap dakwaan itu timbul daripada kumpulan yang selama ini menguruskan pekerja asing.

“Kumpulan itu saya percaya saja mereka-reka cerita sebagai tekanan kepada kerajaan untuk mengambil semula pekerja asing,” katanya lagi.

Sebelum ini tular di media sosial yang mengatakan majikan di pasar borong sukar mendapatkan pekerja kerana tidak menawarkan gaji tinggi. Selain tidak mahu terikat untuk pembayaran potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, itu sama sekali tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku. Setiap hari, lebih 30 orang akan mula bekerja dan yang datang ini membabitkan pelbagai bangsa, tua mahu pun muda. Tidak timbul isu lain memandangkan rakyat Malaysia kini mahu meneruskan kelangsungan hidup selepas kebanyakan syarikat menghentikan operasi.

Sumber

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here