Home Informasi Sijil PMR, SPM & Lain-Lain Sijil Peperiksaan Hilang? Ini Cara Nak Dapatkan...

Sijil PMR, SPM & Lain-Lain Sijil Peperiksaan Hilang? Ini Cara Nak Dapatkan Balik

4729
2
Sijil PMR, SPM & Lain-Lain Sijil Peperiksaan Hilang? Ini Cara Nak Dapatkan Balik

Sijil PMR, SPM & Lain-Lain Sijil Peperiksaan Hilang? Ini Cara Nak Dapatkan Balik | Sijil-sijil peperiksaan sewaktu di zaman persekolahan sebenarnya penting bagi sesebuah urusan.

Terutama sekali bagi urusan permohonan kerja. Bagi sesetengah syarikat, dokumen sijil-sijil peperiksaan adalah penting bagi melayakkan seseorang itu emndapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon. Hmm, kalau sijil peperiksaan hilang, bagaimana untuk mendapatkannya semula?

Haa, korang ikut je langkah di bawah ni:

sijil peperiksaan hilang

CARA UNTUK MEMOHON SIJIL PEPERIKSAAN

1. Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

-Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)

Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan

Bayaran proses dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja
2. Permohonan melalui pos
  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Walau bagaimanapun, kalau korang nak salinan sijil UPSR dan PT3, korang perlu menghubungi pihak sekolah untuk urusan tersebut. Sebelum membuat permohonan, pastikan korang semak permohonan selengkapnya terlebih dulu bagi mengelakkan permohonan korang tu ‘pending.’

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here