Home Isu Semasa Stesen Minyak Jangka Akan Terus Catat Kerugian Pada Suku Ke-2 Tahun 2020

Stesen Minyak Jangka Akan Terus Catat Kerugian Pada Suku Ke-2 Tahun 2020

861
1
Stesen Minyak Jangka Akan Terus Catat Kerugian Pada Suku Ke-2 Tahun 2020

Stesen Minyak Jangka Akan Terus Catat Kerugian Pada Suku Ke-2 Tahun 2020 | Susulan daripada wabak pandemik yang sedang melanda dunia ditambah pula dengan penurunan harga minyak dunia, pengendali stesen minyak dikatakan mengalami kerugian besar.

Pada suku pertama yang berakhir pada Mac tahun ini, Petronas Dagangan (PetDag) dikatakan mengalami kerugian bersih sebanyak RM29.4 juta berbanding keuntungan bersih RM291.2 juta pada suku sama tahun lalu.

Perolehan yang susut kepada RM6.55 bilion daripada RM7.81 bilion bagi tempoh sama.

Stesen Minyak Kerugian Sepanjang Covid-19

Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Petronas Dagangan kepada Bursa Malaysia, penurunan perolehan itu berikutan daripada penyusutan 4% bagi segmen runcit dan komersial yang mana membawa kepada jumlah RM6.55 bilion.

BACA: India Sambung Import Minyak Sawit Malaysia Selepas 4 Bulan Memboikot

Menurut PetDag, kerugian disebabkan keuntungan kasar adalah jauh lebih rendah susulan penurunan mendadak aliran harga Means of Platts Singapore (MOPS), jumlah jualan lebih rendah sehingga akhir suku perama dan perbelanjaan operasi lebih tinggi bagi kos perkhidmatan profesional dan kos susut nilai.

Manakala Petron Malaysia pula mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM84 juta dalam tempoh masa yang sama jika dibandingkan dengan keuntungan bersih RM58 dalam tempoh sama tahun lalu.

Stesen Minyak

Meskipun sudah melaksanakan inisiatif pengurangan perbelanjaan dan usaha pengurusan risiko bagi membantu syarikat meredakan impak penurunan margin, pendapatan Petron Malaysia tetap susut kepada RM2.2 bilion berbanding tahun lalu iaitu RM2.7 bilion disebabkan pandemik COVID-19 dan penurunan ketara harga minyak.

Situasi ini dijangka akan berlarutan menjelang suku kedua ini dan ketidakpastian situasi ini berpunca daripada pandemik COVID-19, perang harga minyak dalam kalangan negara utama pengeluar minyak serta penurunan ketara dalam harga minyak mentah dan produk petroleum.

BACA: Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis

Terdahulu menurut sumber The Malaysian Insight, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera memberitahu ada pengendali stesen minyak yang meminta kerajaan untuk membenarkan mereka menutup perniagaan disebabkan kos operasi yang tinggi dan pendapatan yang rendah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Permohonan berkenaan dibuat susulan daripada perkara ini yang boleh mendorong mereka menjadi muflis sekiranya sebilangan daripada mereka tidak diberi pilihan untuk menangguhkan operasi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here