Home Universiti Inilah 5 Universiti Penyelidikan Malaysia Tersenarai 200 Universiti Terbaik Dunia

Inilah 5 Universiti Penyelidikan Malaysia Tersenarai 200 Universiti Terbaik Dunia

1300
2
Inilah 5 Universiti Penyelidikan Malaysia Tersenarai 200 Universiti Terbaik Dunia

Inilah 5 Universiti Penyelidikan Tersenarai 200 Universiti Terbaik Dunia | Buat kali pertama dalam sejarah, lima universiti penyelidikan negara tersenarai sebagai salah satu daripada 200 universiti terbaik di dunia, menurut Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021.

Universiti Malaya kekal dengan reputasinya sebagai universiti terbaik negara di peringkat antarabangsa apabila kini menduduki tangga ke-59 dunia. Ini adalah peningkatan 11 anak tangga dari kedudukan ke-70 dunia pada tahun lepas.

Universiti tertua di Malaysia itu mencatatkan peningkatan pencapaian dalam empat daripada enam metrik yang digunakan oleh QS World University Rankings, iaitu:

Universiti Penyelidikan

  • Pemetikan per fakulti (citations per faculty)
  • Fakulti antarabangsa (international faculty)
  • Reputasi majikan (employer reputation)
  • Reputasi akademik (academic reputation)
Sementara itu, empat lagi universiti penyelidikan – Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – semuanya mencatatkan kenaikan ranking.
Institusi Ranking 2021 Ranking 2020
Universiti Malaya (UM) 59 70
Universiti Putra Malaysia (UPM) 132 159
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 141 160=
Universiti Sains Malaysia (USM) 142 165=
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 187= 217=
Taylor’s University 379 511-520
UCSI University 391 442
Universiti Teknologi Petronas (UTP) 439 482=
Universiti Utara Malaysia (UUM) 531-540 591-600
Management and Science University (MSU) 551-560 541-550

Timbalan Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris berkata disebalik kenaikan ranking mereka, universiti itu mahu terus memperbaiki kekuatan mereka dan memperbaiki kelemahan mereka.

“Penambahbaikan berterusan sangat penting kerana UPM beraspirasi untuk menjadi salah sebuah daripada 100 universiti terbaik di dunia dalam QS World University Rankings dalam masa lima tahun akan datang,” katanya kepada The Star.

Aini turut berkata kenaikan ranking sebanyak 27 anak tangga ke ranking 132 dunia juga menjadi kenyataan kerana sokongan kuat dan komitmen daripada staf.

Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor pula menyaksikan Universiti Penyelidikan nya naik dari ranking ke-160 ke 140 dunia.

“UKM akan terus fokus kepada memperbaiki kualiti kajian, pengajaran dan globalisasi,” katanya. Beliau turut menambah ranking adalah petunjuk kredibiliti sesebuah Universiti Penyelidikan.

“Ranking penting untuk melihat kualiti kami dengan universiti-universiti lain di seluruh dunia. Ia bukanlah petunjuk utama, tetapi berfungsi sebagai rujukan.”

Taylor’s University IPTS terbaik di Malaysia

Sementara itu Taylor’s University (ranking 379 dunia) mencatatkan peningkatan ranking paling memberansangkan dalam masa setahun. Taylor’s mengalahkan USCI University untuk menjadi universiti swasta terbaik di Malaysia.

“Pencapaian ini mengesahkan kualiti pendidikan kami yang bertaraf dunia,” kata Presiden dan Naib Canselornya, Prof Michael Driscoll.

Sebanyak 19 univerisiti awam dan swasta Malaysia tersenarai dalam QS World University Rankings 2021 kali ini.

Pengarah kajian QS World University Rankings Ben Sowter berkata peningkatan ranking yang ditunjukkan oleh Universiti Penyelidikan Malaysia adalah disebabkan oleh usaha dan pelaburan berterusan.

“Universiti Malaysia yang bagus memberi komitmen kepada memperkayakan sumber bahan ajar seperti yang ditunjukkan dalam nisbah fakulti/pelajar.

“Dari segi ranking impak kajian, UM (ranking 241 dunia) paling terbaik. UTM (ranking 461 dunia) pula kedua terbaik.”

“Malaysia perlu terus memperbaiki kualiti kajian mereka selain terus melabur untuk menambah kualiti pengajaran mereka,” katanya dalam kenyataan media.

MIT kekal terbaik di dunia

Massachusetts Institute of Technology (MIT) kekal menjadi universiti terbaik di dunia untuk sembilan tahun berturut-turut.

Stanford University, Harvard University, California Institute of Technology (Caltech) dan University of Oxford melengkapkan senarai lima universiti terbaik di dunia menurut urutan.

Di Asia, National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU) merupakan dua universiti terbaik di rantau ini.

Ranking penuh universiti terbaik di dunia boleh dilihat di pautan berikut:

(Sila klik) QS World University Rankings® 2021

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here