Semakan Permohonan Kolej Kediaman Untuk Pelajar UiTM & Rayuan Sesi Okt 2022 – Feb 2023

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.

UiTM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan pihak UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.

Selain untuk mencari rumah sewa, platform ini juga boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.

Jom ketahui lebih lanjut tentang cara memohon penempatan pelajar melalui sistem e-Kolej dan Portal Rumah Sewa NR UITM yang baru diwujudkan bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah sewa.

Kolej Kediaman

Apakah e-Kolej UiTM?

UiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda; 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.

Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 13 hingga 23 September dan keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 28 September ini.

Tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.

Kolej Kediaman

Sistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :

  • Pelajar Non-Residen (NR)
  • Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej
  • Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej

Permohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.

Menurut kenyataan itu, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment