News

Tarikh BKM Fasa 4 & Jumlah Bayaran Terakhir Bantuan Keluarga Malaysia Mengikut Kategori

Bila bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran terakhir BKM atau BKM Fasa 4.
Pinterest LinkedIn Tumblr

Tarikh BKM Fasa 4 & Jumlah Bayaran Terakhir Bantuan Keluarga Malaysia Mengikut Kategori

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Bila bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran terakhir BKM atau BKM Fasa 4.

BKM FASA 1: TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu 4 kali setahun melibatkan fasa pertama sehingga fasa keempat. Bayaran BKM Fasa pertama akan dibuat pada:

Isi rumah, Warga Emas dan Individu Bujang yang mempunyai akaun bank:

  • Mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 (terus dikreditkan ke akaun bank)

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak):

  • Mulai 30 Mac 2022 (melalui cawangan BSN)

Permohon rayuan akan dibuka pada:

  • Tarikh permohonan rayuan BKM: Mulai 2 Mei 2022

BKM FASA 2: TARIKH BAYARAN KEDUA BKM

BKM bagi fasa pertama telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM bagi fasa kedua adalah bermula pada:

Isi rumah, Warga Emas dan Individu Bujang yang mempunyai akaun bank:

  • Mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022 (terus dikreditkan ke akaun bank)

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak):

  • Mulai 27 Jun 2022 (melalui cawangan BSN)

BKM FASA 3: TARIKH BAYARAN KETIGA BKM

BKM bagi fasa pertama dan kedua telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac dan Jun lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM bagi fasa ketiga adalah bermula pada:

  • Tarikh bayaran BKM Fasa 3: Mulai 20 September hingga 27 September 2022 secara berperingkat

Jelas Perdana Menteri, semakan status pembayaran untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. Permohonan RAYUAN dibuka buat pemohon yang tidak lulus.

BKM FASA 4: TARIKH BAYARAN TERAKHIR BKM

BKM FASA 3: TARIKH BAYARAN KETIGA BKM

BKM bagi fasa pertama, kedua dan ketiga telah selesai dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac, Jun dan September lalu. Untuk makluman anda, pembayaran BKM fasa 4 adalah pada:

  • Tarikh bayaran BKM Fasa 4: Disember 2022
Pembayaran BKM dibuat mengikut jadual berikut:
BKM Fasa 4

KADAR BAYARAN BKM FASA 1

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang fasa pertama adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM300
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM300
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM200
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM300

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM200

Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Kadar bayaran BKM fasa kedua adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM300
    – 1 – 2 anak: RM300
    – Anak melebihi 3: RM400
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM100
    – 1 – 2 anak: RM100
    – Anak melebihi 3: RM100
Nota: Bayaran bantuan tunai tambahan akan diberikan sebanyak sebanyak RM100 bagi setiap keluarga yang layak

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (59 tahun ke bawah)

  • TIADA BAYARAN BAGI FASA 2
Nota: Setiap golongan bujang akan terima bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM50

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (60 tahun ke atas)

  • RM150
Nota: Setiap golongan bujang akan terima bayaran bantuan tunai tambahan sebanyak RM50

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang fasa pertama adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM800
    – 1 – 2 anak: RM800
    – Anak melebihi 3: RM900
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM600
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM600

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM150

KADAR BAYARAN BKM FASA 4

Kadar bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM600
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM900
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM200
    – 1 – 2 anak: RM200
    – Anak melebihi 3: RM300

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (59 tahun ke bawah)

  • TIADA BAYARAN BAGI BKM FASA 4

Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tiada Anak (60 tahun ke atas)

  • TIADA BAYARAN BAGI BKM FASA 4

Penerima BKM layak menerima MySalam

Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian

AMAUN

RM1,000 bagi setiap individu yang layak

KELAYAKAN

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
  • Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja

CARA TUNTUTAN

Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara

Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:

  • Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad pengenalan asal waris; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat : Sekretariat BKM,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
    Presint 2, 62592Putrajaya.

Semoga bermanfaat!

1 Comment

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

Write A Comment