Jepun Akan Benarkan Kemasukan Tanpa Visa Mulai 11 Oktober 2022

Jepun akan membuka sempadannya sepenuhnya tanpa memerlukan visa pelancongan dan memansuhkan had ketibaan harian mulai 11 Oktober 2022.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Fumio Kishida melalui sebuah sidang media khas, menandakan peralihan dasar utama selepas hampir 2½ tahun sekatan ketat akibat COVID-19, lapor The Japan Times.

Pendekatan tersebut diambil bagi menyokong industri pelancongan, hiburan dan lain-lain yang telah bergelut semasa wabak coronavirus.

Jepun

Kerajaan Jepun juga akan melancarkan program diskaun perjalanan di seluruh negara, yang telah ditangguhkan kerana penularan jangkitan COVID-19.

Sejak Jun 2022, Jepun telah membuka sempadannya namun hanya terhad kepada lawatan yang disertai dengan agensi pelancongan secara berpandu (tour guide).

Kemudian pada September 2022, Jepun telah membuka sempadan untuk pelancong tanpa perlu agensi pelancongan namun perlu menempah penerbangan dan hotel mereka melalui agensi pelancongan berdaftar.

Tetapi langkah-langkah itu tidak disukai ramai pelancong asing yang mahukan kebebasan semasa perjalanan mereka.

Mulai 11 Oktober akan datang, pelancong yang berada di Jepun boleh menikmati diskaun perjalanan domestik di seluruh negara, kemasukan ke taman tema dan untuk acara sukan dan konsert.

Namun, mereka yang telah divaksin tiga kali atau menyerahkan keputusan ujian negatif sahaja akan layak mendapat diskaun khas.

Program ini menawarkan bantuan kewangan sehingga ¥11,000 (RM353) seorang untuk penginapan satu malam.

Langkah itu akan disambut baik oleh sektor pelancongan negara, yang telah terjejas teruk oleh wabak itu.

Sumber: The Japan TimesNikkei Asia

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment