Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMPAY) Diperluaskan
Projek Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai (Cashless) atau dikenali sebagai JKMPay ini merupakan satu inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Projek Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai ini berstatus Projek Rintis, dilaksanakan secara kerjasama bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berdasarkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani pada 13 Ogos 2020.
Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai (Cashless) bermula dengan Projek Rintis yang dilaksanakan pada Februari 2021 hingga Julai 2021 dan seterusnya projek rintis ini diperluaskan ke negeri-negeri mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Program ini hanya melibatkan penerima bantuan baharu dan tidak melibatkan penerima bantuan yang sedia ada.
Tujuan Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai
Program ini bertujuan untuk perkara berikut :
- Memperkasa program bantuan kewangan JKM melalui kaedah bayaran tanpa tunai.
- Memperkukuhkan kolobarasi di antara kerajaan dan pihak swasta dalam meningkatkan perkhidmatan Jabatan.
- Memastikan bantuan yang diterima dimanfaatkan untuk
penyediaan keperluan asas harian. - Menyokong ke arah mewujudkan masyarakat digital selaras
- dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 dan Memacu Tranformasi Perkhidmatan Digital Sektor Awam yang menyasarkan semua kementerian dan agensi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Perlaksanaan Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai
1- Perlaksanaan program ini melibatkan semua skim bantuan kewangan bulanan Persekutuan yang melibatkan penerima
3 bantuan baharu sahaja tanpa melibatkan penerima bantuan sedia ada.
Antara skim-skim bantuan yang terlibat adalah :
- Bantuan Kanak-Kanak
- Bantuan Warga Emas
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
- Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dan OKU Terlantar
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
- Bantuan Anak Pelihara
- Bantuan Latihan Perantis
- Bantuan Am Persekutuan
2- Setiap peserta yang terlibat akan diberi penerangan berkaitan program ini dan menandatangani surat persetujuan.
3- Penerima bantuan tetap menerima jumlah bantuan mengikut kadar sedia ada yang dibahagikan kepada 50 peratus secara tunai dan 50 peratus secara tanpa tunai (cashless).
Contohnya :
4- Melalui kaedah ini penerima bantuan menerima kelulusan dengan kadar penuh.
Penambahbaikan Kaedah Perlaksanaan
Penambahbaikan kaedah perlaksanaan program ini adalah setiap peserta disediakan 2 kaedah penggunaan wang bantuan iaitu :
- Perbelanjaan secara Tunai 50 %
- Empat (4) Perbelanjaan Tanpa Tunai 50 %.
Bagi perbelanjaan tanpa tunai penerima bantuan hanya boleh membeli barangan seperti berikut:
- Makanan dan Minuman
- Keperluan Isi Rumah ( Pampers, Bahan Pencuci, Tuala
Wanita dan lain-lain) - Ubat-Ubatan
- Barangan seperti rokok dan minuman beralkohol tidak
dibenarkan
Kelebihan Transaksi Secara Tanpa Tunai
Antara kelebihan transaksi secara tanpa tunai (cashless) adalah :
- Mendidik penerima bantuan mengurus dan mengawal perbelanjaan wang bantuan secara berhemah.
- Menjamin peruntukan perbelanjaan keperluan makan minum dan keperluan asas penerima bantuan dah ahli isi rumah tersedia pada setiap bulan.
- Kaedah perbelanjaan tanpa tunai lebih selamat berbanding perbelanjaan secara tunai dan sesuai dengan situasi semasa.
- Lokasi kedai yang berdekatan dengan penerima bantuan.
- Baki bantuan tidak lupus dan boleh dibawa ke bulan seterusnya.
- Mengelakan salahguna dan penipuan.
- Tiada keperluan penggunaan wang kecil.
- Program ini flexi dan boleh diubah dari masa ke semasa berdasarkan keperluan Jabatan dan penerima bantuan.
Lokasi Projek Rintis
Antara lokasi projek rintis bilangan negeri daerah yang terlibat ialah :
- Perlis Semua
- Kedah Semua
- Melaka Semua
- Kelantan Kota Bahru, Pasir Mas
- Selangor Sepang dan Hulu Selangor
- Terengganu Kuala Terengganu, Kemaman, Marang
Senarai Pekedai-Pekedai JKMPay
- Senarai Kedai Panel JKM Kedah
- Senarai Kedai Panel JKM Kelantan
- Senarai Kedai Panel JKM Melaka
- Senarai Kedai Panel JKM Perlis
- Senarai Kedai Panel JKM Selangor
- Senarai Kedai Panel JKM Terengganu
Info Lanjut
Untuk mengetahui info lanjut mengenai JKMPAY, sila ke laman sesawang di pautan https://www.jkm.gov.my/jkm/
3 Comments
That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.
Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.
Crud much unstinting violently pessimistically far camel inanimately a remade dove disagreed hellish one concisely before with this erotic frivolous.