Cubaan Menanam Cendawan Kukur / Kulat Sisir Berjaya! Begini Caranya

Sebelum Menanam Cendawan Kukur Kita Perlu Kenal Apa Itu Cendawan Kukur?

Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) atau juga dikenali Kulat Sisir adalah sejenis cendawan yang menumpang pada batang kayu semasa proses pereputan. Masa budak-budak selalu cari cendawan ni di batang kayu getah.

Ia merupakan sejenis cendawan yang boleh dimakan dan banyak di jual di pasar tani atau tamu-tamu. Di tempat saya, tamu Taginambur Kota Belud selalu jumpa si ginan menjual kodop ni setiap hari Jumaat.

Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah adalah jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan menu makanan yang sangat enak dan lazat serta berkhasiat.

menanam cendawan kukur

Cendawan Kukur tumbuh macam ombak batu karang yang rapat. Ingsangnya berbeza dari warna kuning berkrim hingga warna putih pucat. Bahagian atasnya kecil, lebar 1-4.5 cm dengan tekstur badan yang tebal tapi lembut seperti span.

Cendawan Kukur ini selalu saya jumpa di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi.

Cendawan Kukur atau saya panggil Kodop dikenali dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa rasa aromatik. Ia juga menarik perhatian industri perubatan baru-baru ini bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain.

kulat sisir

Kelebihan Cendawan kukur ini adalah ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menanam cendawan kukur berbanding cendawan tiram kerana tidak memerlukan rak. Ia ditanam dengan cara mengikatkannya pada tali dan digantung. Info lebih lanjut korang boleh rujuk kat Wikipedia.org

Cara Menanam Cendawan Kukur

1. Untuk projek menanam cendawan kukur ini saya gunakan bongkah saya beli sendiri di Shopee dengan harga rm5 je, siap dengan benih. Maklumlah tak pandai buat sendiri. Korang boleh beli kat sini Shopee. Saya bukan penjual benih atau bongkah ye.

2. Cara menanam cendawan kukur ini, saya toreh plastik bongkah (gambar atas yang dah dibungkus tu) dengan pisau tajam secara menegak. Kena buat 4 -5 torehan sekeliling bongkah tersebut. Cendawan akan keluar ikut tempat yang kita toreh tu.

3. Kena letak di tempat yang redup. Jangan sesekali kena sinaran matahari. Macam saya buat gantung di dahan pokok mangga je.

tanam cendawan kukur

4. Siram setiap pagi dan petang. Tak perlu setiap hari. Bergantung pada kelembapan bongkah.

5. Cendawan kukur boleh dituai seawal hari ke 7 atau 8. Senang kan. Tak perlu lagi masuk hutan cari cendawan kegemaran korang.

tanam kulat sisir

Selamat mencuba!

Kredit gambar: Faridzul Fadzil.

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment