Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Tahun 2022 Diperluaskan

Untuk makluman semua, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Salah satu program yang ada adalah melalui bantuan barangan dapur atau dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif berupa bantuan dari segi sokongan makanan keperluan bagi mereka yang memerlukan dan dari golongan berpendapatan rendah.

Tujuan utama  bantuan ini ditubuhkan adalah bagi memberi manfaat kepada individu yang berkelayakan terutama kepada golongan B40 dan bantuan ini akan disalurkan dengan segera dengan mengikut penetapan pihak kerajaan.

Melalui inisiatif bantuan ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan dalam memerlukan sokongan dari segi mendapatkan makanan kering atau basah bagi memenuhi keperluan hidup.

Kadar Bantuan Barangan Dapur

Setiap bakul makanan adalah berjumlah sehingga RM300 dan ianya mengandungi barangan dapur seperti berikut;

  1. Beras
  2. Gula
  3. Tepung Gandum
  4.  Bihun
  5.  Kicap
  6. Sardin
  7. Biskut
  8. Kopi
  9. Garam

Cara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara RM300

Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan Bantuan Barangan Dapur (Bakul Prihatin Negara) boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terletak di 108 daerah di seluruh negara.

Berikut adalah cara memohon Bantuan Barangan Dapur RM300. Permohonan ini boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu:

  • Hubungi Talian Kasih di 15999
  • Whatsapp di wa.me/60192615999
  • Hubungi pemimpin tempatan

Anda juga boleh membuat permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Senarai Talian JKM Setiap Daerah & Negeri

Berikut disertakan nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan bantuan barangan dapur ini.

Barangan Dapur

Maklumat Lanjut Bantuan Barangan Dapur RM300

Maklumat lanjut mengenai Bakul Keprihatinan Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang permohonan dan carta alir serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM seluruh negara boleh didapati dengan melayari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.

1 Comment

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

Write A Comment