Ketahui Tip Elak Jadi Mangsa Panggilan Macau Scam

Jika sebelum ini kita sudah acapkali mendengar kisah golongan berusia atau mereka yang sudah pencen menjadi mangsa panggilan macau scam. Tetapi kes terkini melihatkan kenaikan kes penipuan ini bukan sahaja oleh golongan berusia malahan golongan muda dan terpelajar turut menjadi mangsa.

Ini kerana kelicikan sindiket macau scam ini yang pandai memanipulasi sistem panggilan yang kelihatan sangat professional dan kepandaian menyusun strategi dalam memastikan mangsa masuk ke dalam sistem penipuan mereka.

Sindiket Macau Scam lebih bijak daripada mang­sanya apabila semakin ramai profesional seperti peguam, doktor, guru, dan pegawai diplomatik turut tidak terke­cuali menjadi mangsa jenayah siber itu.

macau scam

Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket macau scam ialah menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, institusi kewangan ataupun syarikat perkhidmatan, serta mendakwa mangsa terbabit kes jenayah ataupun ada tunggakan bayaran cukai, pinjaman bank dan sebagainya.

Mangsa kemudian diugut akan ditangkap serta didakwa di mahkamah, dan dilarang memberitahu sesiapa berkenaan hal itu. Suspek akan meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang ke dalam akaun bank tidak dikenali kononnya untuk tujuan siasatan.

Orang ramai yang sering menerima panggilan scam, anda perlu melaporkan panggilan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk makluman, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menumpukan usaha bagi membanteras aktiviti atau penggilan scam untuk menipu orang ramai.

Oleh kerana itu, pihak PDRM mengharapkan orang ramai agar dapat memberikan kerjasama untuk melaporkan aktiviti ini.

Untuk mengelakkan menjadi mangsa penggilan scam, ini tips bagi mengelakkan anda menjadi mangsa:

  1. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah daripada kenalan yang dikenali.
  2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali.
  3. Jika menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Jangan panik.
  4. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
  5. Hubungi Syarikat Telco Perkhidmatan jika menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.
  6. Gunakan aplikasi seperti ‘Truecaller’ sebagai inisiatif menyekat panggilan scammer.

Masyarakat dinasihatkan supaya jangan mudah panik atau mempercayai panggilan seumpama itu.

“Manfaatkan aplikasi semak ‘Mule Account’ di https://semakmule.rmp.gov.my yang juga boleh dimuat turun daripada Google Play Store, untuk menyemak nombor akaun dan nombor telefon sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

Cara Lapor Kepada Pihak PDRM

Apabila mendapat panggilan-panggilan scam, sila laporkan kepada PDRM menerusi:

  • CCID Scam Response Center: 03-2610 1559/03-2610 1599
  • CCID Infoline: 013-2111 222 (whatsapp) (8 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari)

Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment