Kadangkala Terpaksa Tidur Dalam Hutan, Orang Asli Mampu Tersenyum Lebar, Raih Pendapatan Lumayan Jual Raja Kayu

Biarpun kadangkala terpaksa berada di dalam hutan selama dua minggu untuk mencari batang pokok Raja Kayu, Zakaria Abdullah, Orang Asli suku kaum Bateq mampu tersenyum lebar kerana pengorbanannya itu meraih pendapatan lumayan.

Zakaria, 55, berkata batang pokok Raja Kayu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan tradisional selain boleh dibuat ukiran kayu.

Katanya, hasil hutan itu yang biasanya dijual kepada pembeli di Kuantan, Pahang, berharga RM15 sekilogram (kg) dan boleh mencecah RM2,000 bagi setiap 100kg.

raja kayu merah

“Saya akan kumpulkan lebih 100kg untuk setiap jualan dan memprosesnya terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada pembeli.

“Untuk mendapat 100kg ini saya kadangkala terpaksa tinggal di dalam hutan sehingga dua minggu,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau akan mengumpul batang tersebut sehingga mencecah 500kg terlebih dahulu sebelum membawa kesemuanya pulang untuk diproses di rumah.

“Saya dibantu oleh anak lelaki yang akan bersama-sama masuk ke hutan di sempadan Kelantan hingga ke Terengganu untuk mengumpul batang pokok Raja Kayu.

“Kami akan letakkan semua batang-batang ini di suatu tempat untuk memudahkan proses pemindahan masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Zakaria menjelaskan batang pokok Raja Kayu perlu dikikis terlebih dahulu bagi mendapatkan terasnya yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat kayu tersebut.

Katanya masa yang diambil untuk memproses setiap batang pokok Raja Kayu adalah kira-kira enam jam bagi memastikan semua lapisan kulit luar batang kayu itu dikikis sepenuhnya.

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment