Pokok Pisang Seribu Jadi Sumber Rezeki Suami Isteri Ni, Alhamdulillah.

Bercucuk tanam di laman rumah sudah menjadi kelaziman, sama ada ruang tanah yang ada di tanam dengan tanaman herba, pokok bunga, sayur-sayuran atau pun pokok buah-buahan.

Namun bila menyentuh tentang tanaman, mungkin ada antaranya pertama kali melihat Pokok Pisang Seribu. Pokok ini bukan sahaja unik malah mempunyai nilainya yang tersendiri.

Pokok pisang seribu kini menjadi buruan peminat pokok hiasan eksotik kerana keunikan setandan pisang ada sehingga lebih 1,000 biji dengan panjangnya mencecah tanah manakala buah di hujung tandan semakin mengecil umpama jari kelingking.

pokok pisang seribu

Pisang ini memang jarang sekali dapat ditemui di Malaysia dan dipercayai benih ini di bawa masuk dari Negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia. Kegunaan buah ini juga tidak banyak diketahui, rasa buahnya hampir sama seperti pisang emas tetapi rasa agak kenyal dan sedikit berlendir.

Ini sebagai mana menurut Tarmizi Dollah Ahmad, 55, dia mendapat permintaan yang tinggi dan banyak kali telah menjual benih Pokok Pisang Seribu dengan harga RM 25 sepokok.

Pemiliknya, Tarmizi Dollah Ahmad, 55, berkata benih pokok itu mendapat permintaan tinggi dalam kalangan mereka yang minat dengan tanaman eksotik berkenaan.

Pokok pisang seribu dan kantan malerus antara mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Sejak menanam pokok pisang seribu bermula November tahun lalu, saya sudah beberapa kali menjual benihnya kepada pembeli dengan harga RM25 sepokok.

“Pokok pisang seribu sepanjang 3.4 meter ini juga menjadi tarikan tetamu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Selain pokok pisang seribu, dia juga menanam kira-kira 30 jenis tanaman eksotik dan herba antaranya tebu pelangi, tebu gading, kunyit bunian, jambu strawberi, pokok matoa, delima bonsai, kemoyang merah dan ubi betik atau pokok cahaya.

Ahmad Termizi berkata, dia mula meminati tanaman eksotik dan herba sejak dari kecil dan tidak menyangka ramai yang berminat untuk membelinya.

“Apabila saya siarkan gambar pokok yang ditanam dalam media sosial, ramai yang mesej berminat untuk beli benih.

Alhamdulillah, minat saya ini sedikit-sebanyak dapat dijadikan pendapatan sampingan buat kami sekeluarga,” katanya yang juga pesara tentera.

Sementara itu, isterinya, Mahzan Che Husin, 45, berkata dia tidak menyangka hobi suaminya boleh dijadikan pendapatan sampingan selain untuk mengisi masa lapang.

“Saya sentiasa menyokong minatnya dalam bidang ini dan kami sekarang sedang mengusahakan tanaman tebu berhampiran rumah,” katanya

2 Comments

  1. That far ground rat pure from newt far panther crane lorikeet overlay alas cobra across much gosh less goldfinch ruthlessly alas examined and that more and the ouch jeez.

    • Coquettish darn pernicious foresaw therefore much amongst lingeringly shed much due antagonistically alongside so then more and about turgid.

Write A Comment